الموضوع: Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkas Mengenai Hukuman Bagi Penzina

النتائج 1 إلى 3 من 3
  1. Exclamation Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkas Mengenai Hukuman Bagi Penzina

    المصدر




    الحكم المُختصر للمهدي المنتظر في حد الزنى

    Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkaskan
    Mengenai Hukuman Bagi Penzina




    - 4 -
    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    07-
    06-2008
    09:13 pm
    ــــــــــــــــــ


    الحكم المُختصر للمهدي المنتظر في حد الزنى..

    Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkas Mengenai Hukuman Bagi Penzina



    بسم الله الرحمن الرحيم
    {
    سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (1)الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْعَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ(2)}
    صدق الله العظيم [النور]

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    [Ini adalah] satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan [menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam]nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. (1)

    Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk [menjalankan] agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah [pelaksanaan] hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2)

    Maha Benar Allah Yang Maha Agung
    (An-Nur)


    فهل ترون هذه الآية من البيِّنات المحكمات الواضحات من اللاتي لسن بحاجة للتأويل نظرا لوضوحهن الشديد لأنهن من أم الكتاب؟ وأُعرِّف لكم كلمة الزاني أو الزانية وهم الذين لم يحفظوا فروجهم من غير أزواجهم ولاتحل فروجهم إلا على أزواجهم، ومن ثم حكم الله عليهم بمائة جلدة للذكر والأنثى سواءً كانوا متزوجين أم غير متزوجين، وهذا الحكم للأحرار وأما العبيد فعليهم نصف ما على الأحرار والحدّ لهم خمسين جلدة، وبما إن على المحصنة المُسلمة الحرة الزانية مائة جلدة إذاً على المحصنة الأمة الزانية خمسين جلدة. وقال الله تعالى:
    {
    فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ }
    صدق الله العظيم [النساء:25]

    Adakah kalian berpendapat bahawa ayat ini termasuk ayat-ayat yang menerangkan, yang muhkamat lagi menjelaskan, yang terdiri dari ayat-ayat yang tidak perlu kepada takwil lagi (muhkamat), melihat kepada betapa jelasnya keterangan ayat-ayat ini kerana ianya termasuk Ummul Kitab?

    Aku akan beritahukan kepada kalian kalimah

    Az-Zaani(
    الزاني)
    atau
    Az-Zaaniyah
    (
    الزانية)

    Az-Zaani atau Az-Zaaniyah adalah orang-orang yang tidak memelihara kemaluan mereka dari selain pasangan mereka.

    Tidak halal kemaluan mereka itu melainkan terhadap isteri atau suami mereka, kerana itu Allah SWT menghukum mereka dengan 100 kali sebatan bagi lelaki dan wanita, sama sahaja bagi yang telah menikah maupun yang bujang, dan demikian ini merupakan hukuman bagi orang yang merdeka.

    Adapun hukuman bagi kalangan hamba, maka terhadap mereka dikenakan separuh hukuman dari yang dikenakan terhadap kalangan merdeka, jadi hukuman untuk mereka (kalangan hamba) adalah 50 kali sebatan.

    Jadi, sebagaimana terhadap penzina wanita muslimah merdeka yang bersuami itu dikenakan hukuman sebanyak 100 kali sebatan, maka dengan demikian terhadap penzina wanita kalangan hamba yang bersuami adalah sebanyak 50 kali sebatan.

    Allah SWT berfirman:

    dan apabila mereka telah menjaga diri dengan kawin, kemudian mereka mengerjakan perbuatan yang keji [zina], maka atas mereka separuh hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami.
    Maha Benar Allah yang Maha Agung



    أم إن الله قد استبدل حد الزنى في آية أخرى؟ فإن جميع الآيات اللاتي يبدلهن الله بآيات محكمات أخرى فإن جميع الآيات التي تبدل حكمهن موجودات في القرآن العظيم أجمعين وبقي لفظهن ولايؤخذ بحكمهن بل يؤخذ بحكم الآية التي جاءت بدلاً لها. إذاً فأتوني بآية الرجم إن كنتم صادقين.

    Atau adakah Allah SWT telah mengubah hukuman bagi penzina dalam ayat yang lain? Kerana bahawasanya semua ayat-ayat yang Allah gantikannya dengan ayat-ayat muhkamat yang lain, maka seluruh ayat-ayat yang hukumnya telah ditukar itu ada dalam Al-Qur'an yang agung kesemuanya.

    Dan yang tinggal hanya lafaznya sahaja sedang hukum ayat-ayat itu tidak diterima pakai, namun hukum yang diambil dan dipegang adalah hukum ayat-ayat yang datang menggantikannya. Jika demikian, datangkanlah oleh kalian ayat hukuman rajam jika sungguh kalian adalah orang-orang yang benar.




    وسلام على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين.

    إمام المُسلمين الهادي بكتاب الله وسنة رسوله إلى الصراط المُستقيم
    المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني
    .

    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
    hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam


    Imam kaum muslimin yang memberi petunjuk dengan Kitabullah
    dan Sunnah Rasul-Nya
    ke Jalan Yang Lurus,
    Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani



    ــــــــــــــــــــــــــ

    -sumber-



  2. افتراضي

    Hukuman untuk penzina lelaki dan perempuan yang sudah menikah dan yang belum menikah di antara mereka, yang merdeka dari kalangan muslimin dan muslimat juga para hamba lelaki dan perempuan..




    اقتباس المشاركة 210363 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1


    وسألَ سائلٌ فقال: ما هو حدّ الزاني والزانية المتزوج منهم والأعزب الأحرار من المُسلمين والمُسلمات وكذلك العبيد والأمَات؟
    وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:


    Pertanyaan: Apakah hukuman untuk penzina lelaki dan perempuan yang sudah menikah dan yang belum menikah di antara mereka, yang merdeka dari kalangan muslimin dan muslimat juga para hamba lelaki dan perempuan
    ?

    Jawaban:


    بسم الله الرحمن الرحيم، قال الله تعالى:
    { سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿١﴾ الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢﴾ } صدق الله العظيم [النور]

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Allah Ta'ala berfirman:

    [Ini adalah] satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan [menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam]nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kalian selalu mengingatinya. (1)

    Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka jilidlah/sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kalian untuk [menjalankan] agama Allah, jika kalian beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah [pelaksanaan] hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2)

    Maha Benar Allah
    [An-Nur]


    وهذا هو حدُّ الزنا الذي أنزله الله في القُرآن العظيم للزانية والزاني من المُسلمين والمُسلمات الأحرار سواءً كان الزاني مُتزوجاً أو عازباً غير متزوجٍ فحدّهم سواء مِائة جلدة في القُرآن العظيم، وقد بيَّن الله لكم أنه حدٌّ سواء على الأحرار المُسلمين مِائة جلدة للزاني والزانية، وبيّن الله لكم في نفس سورة النور أنه سواء للحرّة المُتزوجة وغير المُتزوجة، فتابعوا آيات سورة النور:
    { وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ ﴿٦﴾ وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ ﴿٧﴾ وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ ﴿٨﴾ وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿٩﴾ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ ﴿١٠﴾ } صدق الله العظيم

    Ini adalah hukuman zina yang Allah turunkan dalam Al-Qur'an yang agung, bagi penzina perempuan dan lelaki dari kaum muslimin dan muslimat yang merdeka, sama sahaja bagi penzina yang telah menikah atau yang bujang belum menikah, maka hukuman untuk mereka sama iaitu seratus sebatan sebagaimana yang termaktub dalam Al-Qur'an yang agung.

    Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kalian bahawa hukuman itu sama ke atas orang-orang merdeka dari kaum muslimin yakni seratus kali sebatan untuk penzina lelaki dan perempuan, dan Allah telah menjelaskan kepada kalian dalam surah yang sama yakni Surah An-Nur, bahawa hukumannya sama sahaja bagi orang merdeka yang telah menikah dan yang belum, perhatikanlah oleh kalian akan ayat-ayat Surah An-Nur:

    Dan orang-orang yang menuduh isterinya [berzina], padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. (6)

    Dan [sumpah] yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. (7)

    Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta, (8)

    dan [sumpah] yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar. (9)

    Dan andaikata tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya atas dirimu dan [andaikata] Allah bukan Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, [niscaya kamu akan mengalami kesulitan-kesulitan]. (10)

    Maha Benar Allah


    فهل تُريدون يا معشر عُلماء الأُمّة أن يذكر الله لكم العذاب للزناة مرةً أُخرى في نفس السورة؟ ألم يُفصّله لكم تفصيلاً في أول السورة:
    { سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿١﴾ الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢﴾ } صدق الله العظيم؟ ومن ثُمّ جاء ذِكر الذين يرمون أزواجهم ولم يكن لهم شُهداء إلّا أنفُسهم وذكر الحدَّ مرةً أُخرى للمُتزوجة، وقال الله تعالى: { وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ ﴿٨﴾ وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿٩﴾ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ ﴿١٠﴾ } صدق الله العظيم

    Apakah kalian ingin Allah mengingatkan sekali lagi kepada kalian akan azab hukuman bagi penzina dalam surah yang sama wahai ulama umat? Bukankah Allah menjelaskannya kepada kalian dengan terperinci pada permulaan surah:

    [Ini adalah] satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan [menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam]nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kalian selalu mengingatinya. (1)

    Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka jilidlah/sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kalian untuk [menjalankan] agama Allah, jika kalian beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah [pelaksanaan] hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2)

    Maha Benar Allah
    ?

    Kemudian datang peringatan bagi orang-orang yang menuduh pasangan mereka sedang mereka tidak mempunyai saksi selain diri mereka sendiri, dan peringatan hukuman sekali lagi bagi yang telah menikah, firman Allah Ta'ala:

    Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta, (8)

    dan [sumpah] yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar. (9)

    Dan andaikata tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya atas diri kalian dan [andaikata] Allah bukan Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, [niscaya kalian akan mengalami kesulitan-kesulitan]. (10)

    Maha Benar Allah


    وما هو العذاب الذي يدرأ عنها؟ إنهُ عذاب حدّ الزنا المذكور والمُفصّل في أول السورة، وليشهد عذابهما طائفةٌ من المُؤمنين وذلك هو العذاب الذي يدرأ عنها فلا يجلدونها لو كُنتم تعلمون، أم تُريدون القُرآن يذكره لكم مرةً أُخرى في نفس السورة؟ فاكتفى بقوله:
    { وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ } وهو العذاب المذكور في أول السورة.

    Apakah azab hukuman yang dihindarkan dari si isteri? Ianya adalah azab hukuman zina yang disebutkan dan dirincikan keterangan mengenainya pada permulaan surah, agar [pelaksanaan] hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    Demikian itu adalah azab hukuman yang dihindarkan dari si isteri, di mana mereka tidak menjilidnya/menyebatnya sekiranya kalian mengetahui, ataukah kalian mahu Al-Qur'an menyebutkannya untuk kalian sekali lagi dalam surah yang sama
    ?

    Maka cukuplah dengan firman-Nya:
    Isterinya itu dihindarkan dari hukuman, ia adalah azab hukuman yang disebutkan pada permulaan ayat, yakni seratus sebatan yang disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.


    يا معشر عُلماء الأُمّة لربما يودّ أحد عُلماء الأُمّة أن يُقاطعني فيقول: "كيف تجعل حدّ الزانية المُتزوجة كحدّ الزانية العزباء التي لا زوج لها؟ بل حدّ الزانية العزباء (مائة جلدة) لأنها معذورة، فهي زنت نظراً لأنها غير مُتزوجة فأجبرتها شهوتها على الزنا، فأمّا المُتزوجة فليس لديها عُذر وحدُّها الرجم بالحجارة حتى الموت؟".

    Wahai sekalian ulama umat, barangkali seorang dari ulama umat mahu memotong ucapanku dengan mengatakan:

    "Bagaimana engkau ini menjadikan hukuman bagi penzina perempuan yang telah menikah itu sama seperti hukuman bagi penzina perempuan yang masih bujang belum mempunyai suami? Padahal hukuman penzina perempuan yang belum menikah adalah (seratus sebatan) kerana dia diterima uzurnya/dapat dimaafkan, sebab dia telah berzina kerana dia belum bersuami, maka syahwatnya telah menguasainya dan mendorongnya untuk melakukan zina, adapun perempuan yang telah menikah, maka tiada uzur baginya/tidak dapat dimaafkan dan hukuman untuknya adalah direjam dengan bebatuan sehingga mati
    ?."



    ومن ثُمّ يردُّ عليه المهديّ المنتظَر الحقّ الإمام ناصر محمَّد اليماني قائلاً: ما دمتَ أُعذرت العزباء على الزنا فما هو العُذر الذي التمسته للأمَة المُتزوجة والتي لا تُجلد إلّا بخمسين جلدةٍ فقط مع إنها مُتزوجة في نص القُرآن العظيم؟ إنك أنت الحكيم الرشيد! وقال الله تعالى:
    { وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلًا أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُم بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ } صدق الله العظيم [النساء: 25]

    Oleh itu Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani membalasnya dengan mengatakan:

    Selagimana engkau memberi uzur/kemaafan terhadap orang-orang bujang atas perbuatan zina (dengan sebatan 100 kali), lalu apa pula uzur/kemaafan yang engkau pinta bagi perempuan hamba yang telah menikah, yang tidak dijilid melainkan dengan limapuluh kali sebatan sahaja dalam nash Al-Qur'an yang agung padahal dia telah menikah? Sesungguhnya engkau sangat pandai menghukum lagi bijak
    !

    Allah Ta'ala berfirman:

    Dan barangsiapa di antara kalian [orang merdeka] yang tidak cukup perbelanjaannya untuk menikahi wanita merdeka lagi beriman, ia boleh menikahi wanita yang beriman, dari budak-budak yang kalian miliki. Allah mengetahui keimananmu; sebahagian kalian adalah dari sebahagian yang lain, karena itu nikahilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah maskawin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan [pula] wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai piaraannya; dan apabila mereka telah menjaga diri dengan menikah, kemudian mereka mengerjakan perbuatan yang keji [zina], maka atas mereka separuh hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami..(25)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]


    فهل تبيّن لكم بأن حدّ الزنا مِائة جلدة للزاني والزانية سواء كانوا مُتزوجين أو غير مُتزوجين من المُسلمين والمُسلمات الأحرار؟ وأمّا العبيد والأمَات فعليهِنّ نصف ما على المُسلمين والمُسلمات الحُرّات سواء كانت الأمَةُ عزباء أم مُتزوجة فحدُّها خمسين جلدةً بنص القُرآن العظيم:
    { فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ } صدق الله العظيم.

    Bukankah telah jelas bagi kalian bahawa hukuman zina adalah seratus kali sebatan untuk penzina lelaki dan perempuan, sama sahaja bagi yang telah menikah atau yang belum menikah dari kalangan muslimin dan muslimat yang merdeka
    ?

    Adapun golongan budak-budak (hamba lelaki dan perempuan), maka ke atas mereka dikenakan separuh hukuman dari hukuman yang diterima oleh muslimin dan muslimat yang merdeka, sama sahaja bagi hamba perempuan yang bujang ataupun hamba perempuan yang telah menikah, maka azab hukuman ke atas mereka adalah limapuluh kali sebatan, dengan nash Al-Qur'an yang agung:

    karena itu nikahilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah maskawin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan [pula] wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai piaraannya; dan apabila mereka telah menjaga diri dengan menikah, kemudian mereka mengerjakan perbuatan yang keji [zina], maka atas mereka separuh hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami..
    Maha Benar Allah


    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رَبّ العالمين..
    خليفة الله الإمام المهديّ ناصر محمَّد اليماني.

    Salam ke atas para Utusan dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ________

    sumber:
    https://albushra-islamia.com./showthread.php?t=1261

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

  3. افتراضي

    Muhammad Rasulullah SAW telah melempari seorang wanita dengan bebatuan
    ?


    اقتباس المشاركة 210767 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1


    وسألَ سائلٌ فقال: إذاً أنت تنفي سُنّةً مؤكدة! فقد قذف محمَّد رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- المرأة بالحجارة التي جاءت فاعترفت بين يديه بأنها زنت وتابت إلى الله متاباً.
    وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:


    Pertanyaan: Jika begitu, engkau telah menafikan sunnah muakkadah! Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah melempari seorang wanita dengan bebatuan, yang datang dan mengakui di hadapan Nabi bahawa dia telah berzina dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

    Jawaban:



    بسم الله الرحمن الرحيم
    ومن ثُمّ أردُّ عليه من القُرآن العظيم وأُبطل هذا الافتراء اليهودي الموضوع عن رسول الله وما كان عنهُ شيئاً، وما ينبغي لرسول الله أن يُخالف أمر ربّه في القُرآن العظيم بأن من تاب قبل أن تقدر عليه يا محمَّد رسول الله والمُسلمين فلا ينبغي لكم أن تُقيموا عليهم الحدّ حتى ولو كان مُفسداً في الأرض، حتى لو قتل فساداً في الأرض وكان حدّه الصلب فيُقطع رأسه عن جسده ولم يعلمُ أحد بأنه من قتل ولم يقدر عليه أحد ولم يعلم بأنهُ القاتل غير الذي يعلم السّر وأخفى الذي يعلمُ خائنة الأعين وما تُخفي الصدور، ولكنهُ ندم على ذلك ندماً عظيماً وتاب إلى الله متاباً ثُمّ جاء إلى الحاكم فقال: "أنا من قتلت فلان الذي لا يعلم أهله ولا الناس أجمعين من قتله ولم أكن مُطارداً من أحد وليس اعترافي إلّا أني تُبت إلى ربّي فإن ترون الحُكم علينا بالصلب فتقطعون رأسي فتفصلوه عن جسدي فلا أُبالي ما دام في ذلك مرضاة الله". ومن ثُمّ يعود الحاكم إلى القُرآن العظيم وما هو الحدّ لهذا الرُجل الذي جاء واعترف بين أيدينا من قبل أن نقدر عليه ولا نُشك فيه ولا نُطارده فسوف يجد الله يُفتيه في القُرآن العظيم فيقول: "لا تقتلوه فقد رفعنا عنه الحدّ والصلب أو حدّ القطع لأيديه وأرجله من خلاف، وذلك لأنه تاب إلينا ولم يعلم بفعلته سوانا فتاب إلى الله متاباً وجاء إليكم من قبل أن تقدروا عليه فلا حدّ عليه من بعد التوبة، ولو تاب حين قدرتم عليه وجاءه الموت لما قبلنا توبته لأنه جاءه الموت وعِلم أنكم سوف تصلبوه فقال: إني تُبت الآن فلا توبة له عند ربّه ولا الذين يموتون وهم كُفّار"، وقال الله تعالى:
    { إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿٣٣﴾ إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣٤﴾ } صدق الله العظيم [المائدة]

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Untuk itu aku berikan balasan jawaban dari Al-Qur'an yang agung, dan aku batalkan hadits rekaan Yahudi ini (yang dikatakan) dari Rasulullah, tiadalah ia dari Nabi SAW sedikitpun, dan tiadalah layak bagi Rasulullah untuk menyalahi perintah Tuhannya dalam Al-Qur'an yang agung, bahawa sesiapa yang bertaubat sebelum engkau dapat menguasainya (menangkapnya) wahai Muhammad Rasulullah dan kaum muslimin, maka tiadalah layak bagi kalian untuk menegakkan hukuman ke atas mereka, sekalipun sekiranya sebelum ini dia adalah perosak di muka bumi.

    Sekalipun sekiranya sebelum ini dia adalah pembunuh yang merosak di muka bumi, yang mana hukumannya adalah disalib dan dipenggal kepalanya dari badannya, sedang tiada seorangpun tahu dia telah membunuh dan dia belum dikuasai (ditangkap) oleh sesiapa, kerana tiada yang tahu bahawa dia adalah pembunuh selain Dzat Yang Maha Mengetahui segala yang rahsia dan yang tersembunyi, Dzat Yang Maha Mengetahui mata-mata khianat dan segala apa yang terpendam di dada, akan tetapi si pembunuh telah benar-benar menyesali perbuatan rosaknya, dia telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, lalu dia datang kepada sang hakim dengan berkata:

    "Akulah yang telah membunuh si fulan, yang keluarganya dan manusia semua tidak tahu siapa pembunuh si fulan, dan aku tidak jadi buruan/buronan sesiapa, dan tiadalah pengakuanku ini melainkan sesungguhnya aku telah bertaubat kepada Tuhanku, jika sekiranya kalian lihat hukuman ke atasku adalah dengan disalib, kemudian kalian memenggal kepalaku terpisah dari badan, maka aku tidak kisah dan tidak peduli, selama mana pada yang demikian ini adanya keredhaan Allah".

    Lalu setelah itu sang hakim kembali merujuk Al-Qur'an yang agung, apakah hukuman untuk lelaki ini, yang datang mengakui (perbuatannya) di hadapan kita sebelum kita menangkapnya, dan kita sama sekali tidak mengesyakinya, dan kita juga tidak memburunya, kelak sang hakim akan menemukan fatwa Allah dalam Al-Qur'an yang agung, yang menyatakan:

    "Jangan kalian bunuh dia, sesungguhnya Kami telah lepaskan dia dari hukuman, dari disalib, atau dari hukuman potong (dilukai) tangan dan kakinya dengan pukulan cemeti secara silang, yang demikian ini kerana dia telah bertaubat kepada Kami, sedang tiada siapa tahu perbuatannya selain Kami, dia telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, dan dia telah datang kepada kalian sebelum kalian dapat menguasai dan menangkapnya, maka tiada hukuman ke atasnya setelah taubat

    Seandainya dia bertaubat ketika kalian telah berjaya menguasai dan menangkapnya sedang (hukuman) mati mendatanginya, nescaya Kami tidak menerima pertaubatannya, kerana kematian mendatanginya sedang dia tahu kelak kalian akan menyalibnya lalu dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar bertaubat sekarang ini, maka tiada taubat baginya di sisi Tuhannya, dan tiada taubat bagi orang-orang yang mati sedang mereka masih kafir"

    Firman Allah Ta'ala:

    Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong (dicederakan) tangan dan kaki mereka secara silang, atau dibuang dari negeri [tempat kediamannya]. Yang demikian itu [sebagai] suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, (33)

    Kecuali orang-orang yang taubat [di antara mereka] sebelum kalian dapat menguasai [menangkap] mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (34)

    Maha Benar Allah
    [Al-Ma'idah]


    وأكرّر لمن أراد أن يتدبّر قوله:
    { إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣٤﴾ } صدق الله العظيم

    Aku ulangi lagi bagi mereka yang mahu merenungi firman-Nya:

    Kecuali orang-orang yang taubat [di antara mereka] sebelum kalian dapat menguasai [menangkap] mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
    Maha Benar Allah


    ثُمّ لا يُحكم عليه إلّا بديَّة العَمْدِ إن كان قد قتل فيُسلّمها إلى أهل المقتول، أو يردّ السرقة أو السلب والنّهب إلى أهله، وبرئت ذمّته وتقبل الله توبته برغم أنه قتلَ، وبرغم أنَّ قتل النّفس بغير حقّ سيئتها ليست كسيئة مِثلها فقط وأحياء النفس ليس بعشر أمثالها فقط؛ بل عددهم بتعداد ذُرّية آدم من أول مولودٍ إلى آخر مولودٍ، وسيئة القتل وحسنة الإحياء بالعفو هُنّ الوحيدات التي تساوت في الكتاب في الوزر وفي الأجر. تصديقاً لقول الله تعالى:
    { مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا } صدق الله العظيم [المائدة: 32].

    Kemudian, dia tidak dihukum kecuali dengan diyat 'amdin (bayaran tindak pidana pembunuhan sengaja) jika dia telah membunuh, lalu dia memberikannya kepada keluarga mangsa, atau memulangkan kembali barang (harta) curian atau hasil rompakan atau harta rampasan kepada pemiliknya, baru dilepas ikat jaminnya.

    Allah menerima taubatnya meskipun dia telah membunuh, sekalipun dia telah membunuh seorang manusia tanpa alasan yang benar, yang keburukannya tidak sama seperti keburukan yang semisalnya sahaja, dan memelihara kehidupan manusia tidaklah dengan balasan sepuluh kali ganda semisalnya sahaja; bahkan jumlah mereka dengan hitungan bilangan zuriat Adam dari awal kelahiran hingga akhir kelahiran, keburukan membunuh dan kebaikan memelihara kehidupan dengan kemaafan itu, kedua-duanya eksklusif, unik dan sama
    pada dosa dan pahala dalam Kitabullah.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu [membunuh] orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.
    Maha Benar Allah
    [Al-Ma'idah]



    فكيف يجرؤ محمَّد رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- أن يُخالف أمر ربّه فيقوم برجم امرأة جاءت بين يديه قبل أن يقدر عليها محمدٌ رسول الله (ص) وصحابته، ولم يعلم بزناها أحد، وتابت إلى الله متاباً، وجاءت معلنةً توبتها النصوح بين يدي رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم، ومن ثُمّ يقول اذهبي حتى تضعي المولود، ومن ثُمّ تعود إليه مرةً أُخرى بعد أن وضعته، ومن ثُمّ يقول اذهبي فأرضعيه فترضعه حولين كاملين ثُمّ تعود، ثُمّ يأخذ ولدها من يدها ويأخذ الحجارة هو وصحابته فيقتلوها رجماً بالحجارة! قاتلكم الله إنّى تؤفكون، فلكم شوّهت اليهود دينكم فاتّبعتموهم بزعمكم أنكم مُستمسكين بسُنّة رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- وأنتم لستم على كتاب الله ولا سُنّة رسوله؛ بل مُستمسكون بسُنّة اليهود التي تُخالف لما جاء في كتاب الله جُملةً وتفصيلاً، ومن ثُمّ تنبذون كتاب الله وراءِ ظهوركم بحُجّة أنه لا يعلم تأويله إلّا الله! وإنما يقصد المُتشابه منه، ثكلتكم أُمّهاتكم! ولكن اليهود أخرجوكم عن المُحكم الواضح والبيّن والذي أتحداكم به وأُلجمكم إلجاماً وأدافع عن سُنّة محمَّد رسول الله الحقّ بمنطق هذا القُرآن العظيم والذي جعله الله مرجعية لسُنّة رسوله، وما كان من السُنّة من عند غير الله وليس من عند الله ورسوله فسوف نجد بينها وبين هذا القُرآن اختلافاً كثيراً جُملةً وتفصيلاً. وقد بيّنا الآيات برغم وضوحها وفصّلناها من القُرآن العظيم تفصيلاً لقومٍ يُؤمنون بكتاب الله وسُنّة رسوله الحقّ التي لا تُخالف هذا القُرآن بل تزيده بياناً وتوضيحاً للمُسلمين. تصديقاً لقول الله تعالى:
    { وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ } صدق الله العظيم [النحل: 44]

    Bagaimana pula Muhammad Rasulullah SAW berani, nekad dan sanggup untuk menyalahi perintah Tuhannya, dengan merejam perempuan yang telah datang di hadapan Nabi (menyerah diri), sebelum Muhammad Rasulullah SAW dan para sahabatnya menguasai dan menangkap perempuan itu, sedang tiada siapa tahu perzinaannya, dan perempuan itu telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, dan dia telah datang mengumumkan taubat nasuhanya di hadapan Rasulullah SAW, lalu Nabi mengatakan pergilah sehingga engkau melahirkan, kemudian perempuan itu kembali sekali lagi kepada Nabi setelah melahirkan, lalu Nabi berkata pergilah dan susuilah bayimu, maka perempuan itu menyusui bayinya selama dua tahun penuh lalu dia kembali, kemudian Nabi mengambil anaknya dari tangannya, lalu Nabi bersama para sahabatnya mengambil bebatuan dan membunuh perempuan itu dengan rejaman bebatuan! Semoga Allah melaknat kalian, bagaimana kalian sampai berpaling, betapa teruk Yahudi telah menyatakan yang salah dan mengubah agama kalian.

    Lantas kalian mengikuti mereka dengan beranggapan kalian berpegang teguh sunnah Rasulullah SAW, padahal tidaklah kalian mengikuti Kitabullah dan tidak pula mengikuti Sunnah Rasul-Nya; bahkan kalian berpegang teguh pada sunnah Yahudi yang sama sekali bertentangan dengan perintah yang datang dalam Kitabullah Al-Qur'an secara total, lalu kemudian kalian mencampakkan Kitabullah di belakang kalian dengan beralasan tiada yang tahu takwilnya selain Allah! Padahal sesungguhnya yang dimaksudkan hanyalah ayat-ayat mutasyabihat dari Al-Qur'an, semoga ibu kalian kehilangan kalian!

    Akan tetapi Yahudi telah mengeluarkan kalian dari ayat muhkam yang terang, yang jelas lagi menjelaskan, yang aku tantang kalian dengannya, dan aku bungkam lisan kalian dengan sebenar-benarnya, aku bela dan pertahankan sunnah Muhammad Rasulullah yang benar dengan mantik Al-Qur'an yang agung ini, Kitab Suci yang telah Allah jadikannya rujukan dan referensi utama bagi Sunnah Rasul-Nya, apa sahaja dari sunnah yang datang dari selain Allah, yang bukan dari sisi Allah dan Rasul-Nya, maka kelak kita akan temukan adanya pertentangan dan perselisihan yang banyak antara hadits itu dan Al-Qur'an secara total.

    Sesungguhnya kami telah menerangkan ayat-ayat itu meskipun betapa jelasnya ia, dan kami telah menjelaskannya dari Al-Qur'an dengan terperinci bagi kaum yang beriman dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yang hak, iaitu yang tidak menyalahi Al-Qur'an ini bahkan menambahkan keterangan dan penjelasan Al-Qur'an untuk kaum muslimin.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:


    Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka
    Maha Benar Allah
    [An-Nahl]


    فكيف يأتي البيان مُخالفاً للآيات المُحكمات في القُرآن العظيم! مالكم كيف تحكمون؟ فصدقوني بأنّني أنا المهديّ المنتظَر وإن أبيتم الاعتراف بشأني يا معشر عُلماء الأُمة فإني أدعوكم إلى المُباهلة فليتقدم إلى موقعي أشدّكم كُفراً بهذا الأمر ثُمّ نبتهل فنجعل لعنة الله على الظالمين، فقد طفح الكيل منكم ومن صمتكم عن الحقّ، وضاق صدري منكم يا معشر عُلماء المُسلمين الذين اطّلعوا على أمري في الإنترنت العالميّة ولم يحرّكوا ساكناً ولم يخبروا عُلماء المُسلمين بالمدعو ناصر محمَّد اليماني فيقولون: إنه يزعم أنه المهديّ المنتظَر، فتعالوا لنحاوره فنُلجمه من القُرآن إلجاماً إن كان على باطل فنكفي الناس شره حتى لا يضلّ أحد من المُسلمين إن كان على ضلالٍ مُبين أو يُلجمنا بالقُرآن العظيم بالحقّ ثُمّ نعلم أنه هو المهديّ المنتظَر قبل أن يُصيبنا ما سوف يُصيب الكافرين من جراء كوكب العذاب الذي سوف يُمطر على الأرض حجارةً من سِجّيلٍ منضودٍ، فصدّقوني لعلكم تُفلحون، واكفروا بأحاديث اليهود ورواياتهم الموضوعة بين سُنّة رسول الله الحقّ صلَّى الله عليه وآله وسلَّم.

    Lalu, bagaimana pula dapat datangnya keterangan penjelasan yang bertentangan dengan ayat-ayat yang muhkamat dalam Al-Qur'an! Ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian menghukumi dan membuat keputusan
    ?

    Percayalah padaku, bahawa sesungguhnya akulah Al-Mahdi Al-Muntazhar, jika kalian enggan dan menolak untuk mengakui urusanku ini wahai sekalian ulama umat, maka aku ajak kalian bermubahalah.

    Silakan penantang dari kalian yang paling keras terhadap urusan ini untuk maju ke websiteku, lalu kita bermubahalah dan mohon laknat Allah ditimpakan atas orang-orang yang zalim.

    Sesungguhnya tiada toleransi dan tolak ansur dengan kalian dari sikap kalian yang berdiam diri dan membisu terhadap kebenaran, sempit dadaku dengan kalian ini wahai sekalian ulama muslimin, yang tahu dan mengawasi perkara urusanku di internet antarabangsa, namun mereka tidak menggerakkan orang yang duduk diam, dan mereka tidak memberitahukan kepada ulama kaum muslimin berkenaan orang yang bernama Naser Mohammed Al-Yamani, dengan mengatakan:

    Orang ini mengaku dirinya Al-Mahdi Al-Muntazhar, maka kemarilah kalian supaya kita berhiwar dengannya, dan kita bungkam lisannya dengan sebenar-benarnya dari Al-Qur'an jika dia salah dan batil, kerana kita dapat menyelamatkan manusia dari keburukannya, supaya dia tidak dapat menyesatkan sesiapapun dari kalangan muslimin jika dia berada atas kesesatan yang nyata, atau dia yang akan membungkam lisan kita dengan Al-Qur'an yang agung dengan sebenar-benarnya, lalu kita dapat tahu bahawa dialah Al-Mahdi Al-Muntazhar, sebelum kita ditimpa dengan azab yang kelak akan menimpa orang-orang kafir, disebabkan oleh Kaukab Al-'Azab yang kelak akan menghujani bumi dengan bebatuan dari Sijjil bertubi-tubi.

    Percayalah padaku, mudah-mudahan kalian mendapat kemenangan, ingkarilah hadits-hadits Yahudi dan riwayat-riwayat palsu yang ada di antara sunnah Rasulullah yang benar, sholawat Allah ke atasnya dan keluarganya beserta salam sejahtera.



    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رَبّ العالمين..
    خليفة الله الإمام المهديّ ناصر محمَّد اليماني.

    Salam ke atas para Utusan dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.



    sumber:
    المهدي المُنتظر ينفي حداً موضوعاً يهودياً يُخالف القُرآن العظيم.
    https://albushra-islamia.com./showthread.php?t=1261

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 21-03-2020, 04:07 PM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 27-05-2019, 10:08 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 21-05-2017, 09:53 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-05-2016, 06:35 PM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 28-06-2015, 06:46 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •