(((عاجل عاجل عاجل... من الإمام المهدي إلى الشعب اليماني وإلى كل مسلمٍ في العالم..)))


[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
Lihat postingan asal bayan


الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Muhammad al-Yamani
26 - 12 - 1434 هـ
31 - 10 - 2013 مـ
04:04 صبـاحاً

ـــــــــــــــــــــــ



عاجل عاجل عاجل... من الإمام المهدي إلى الشعب اليماني وإلى كل مسلمٍ في العالم..

PENTING!! PENTING!!.. Dari Imam Mahdi Kepada Rakyat Yaman
dan Umat Islam Seluruh Dunia


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله من أوّلهم إلى خاتمهم محمد رسول الله وجميع المؤمنين التابعين للحقّ في كل زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين، أمّا بعد..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam tetap terlimpahkan ke atas seluruh Para Nabi dan Rasul-Nya, dari yang terawal hingga yang terakhir Muhammad Rasulullah, beserta seluruh kaum mukminin yang mengikuti kebenaran pada setiap masa dan tempat hinggalah Hari Pengadilan
adapun sesudahnya..


من الإمام المهدي ناصر محمد اليماني إلى الحوثيين والسلفيين في اليمن، فتعالوا لنعلمكم بهذه القصة الحقّ حدثت في عهد النَّبي صلّى الله عليه وآله وسلّم، وإلى القصة:
كان من الصحابة من يعتكف في المسجد، وكان منهم من يتّخذ من دون المصلين حجاباً مستوراً في زاوية المسجد، وذات يوم جاءت إليه زوجته؛ أحضرت لزوجها الطعام وهو معتكف بالمسجد، فباشرها وراء الحجاب، فأنزل الله قوله تعالى:

{ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ ﴿١٨٧}
صدق الله العظيم [البقرة]

Dari Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani kepada Houthis dan Salafi di Yaman.

Kemarilah kalian agar kami beritahukan kalian mengenai kisah benar ini, yang telah berlaku di sana di zaman Nabi, sholawat serta salam tetap ke atas baginda dan keluarganya, begini kisahnya:

Ada di antara sahabat Nabi SAW yang beri'ktikaf di masjid, dan ada di antara mereka ini yang membuat tabir hijab
di sudut masjid yang menutupi di antara mereka dan orang-orang yang sholat .

Pada suatu hari isterinya datang kepadanya; membawa makanan untuk suaminya, sementara suaminya ini sedang beri'tikaf di masjid, kemudian si suami ini telah bersetubuh dengan isterinya di belakang tabir, maka Allah SWT mewahyukan firman-Nya:

"..janganlah kalian campuri (setubuhi) mereka itu, sedang kamu beri’tikaf di masjid. Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kalian mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia,
supaya mereka bertakwa. (187)

Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)


فانظروا لقول الله تعالى: {تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا} صدق الله العظيم، فها أنتم ترون في محكم كتاب الله القرآن العظيم أنّ من باشر زوجته وراء حجاب الاعتكاف فهل عليه إثمٌ؟ فتجدون الجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى:
{ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ ﴿١٨٧}
صدق الله العظيم [البقرة]

Perhatikan firman Allah :

{ Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kalian mendekatinya }
Maha Benar Allah

Jadi inilah, kalian perhatikan pada ayat muhkam Al-Qur'an ini, bahawa sesiapa yang bersetubuh dengan isterinya di belakang tabir orang
sholat, adakah dia berdosa
?

Maka kalian dapatkan jawapannya dalam muhkam ayat Al-Qur'an yang mulia, Allah Ta'ala berfirman:

"..janganlah kalian campuri (setubuhi) mereka itu, sedang kamu beri’tikaf di masjid. Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kalian mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia,
supaya mereka bertakwa. (187)

Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)


فانظروا لقول الله تعالى:
{ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا } صدق الله العظيم، فبرغم أن الزوجة تحلّ لزوجها أن يباشرها إلا في بيوت الله فهنا حرّمها الله عليه أن يباشرها في بيت الله، فما بالك يا عبد الملك الحوثي بإثم من يهدم بيت الله على رؤوس المصلين ويسفك دماءهم في بيت الله المعظم!؟ فقد تعدى حدود الله وارتكب جريمةً كبرى، فمن الذي أفتى الحوثيين والقاعدة أن يفعلوا ذلك فإنه لمن المجرمين.

Kemudian perhatikan firman Allah :

{ Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. }
Maha Benar Allah

Jadi, meskipun seorang isteri itu halal bagi sang suami untuk mendatangi sang isteri (berhubungan badan) melainkan di rumah-rumah Allah, maka di situ, Allah telah mengharamkan sang suami mengadakan hubungan dengan isterinya di rumah Allah.

Jadi bagaimana pendapatmu wahai Abdul Malik Al-Houthis, berdosakah orang yang meruntuhkan rumah Allah menimpa kepala-kepala orang-orang yang sedang sholat, dan menumpahkan darah mereka di rumah Allah yang suci
!?


Maka sungguh orang itu telah melanggar batas-batas Allah dan dia telah menanggung dosa yang besar, dan sesiapa yang menfatwakan kepada Houthis dan Al-Qaedah untuk melakukan yang demikian, maka sungguh dialah sebenarnya penjenayah.


وربّما يودّ أن يقاطعني أحد السائلين فيقول: "وما دخل تنظيم القاعدة في هذه القضية؟" ومن ثمّ نردّ عليه بالحقّ وأقول: لا بد أن نكون منصفين بالحقّ فلا ننسى أن أحد الانتحاريين في تنظيم القاعدة فجّر نفسه عند باب أحد مساجد الحوثيين كذلك جريمة كبرى، وعلى كل حالٍ فإن جريمة الذين ضربوا جامع الوادعي بالقذائف الصاروخيّة بمنطقة صعدة في دماج وقتلوا فريقاً من المصلين وجرحوا آخرين قد تعدوا حدود الله وظلموا أنفسهم ظلماً كبيراً.

Barangkali ada seorang dari mereka hendak mengangguku
dan berkata:

"Apa pula kaitannya Al-Qaedah dalam perkara ini
?"

Kemudian kami membalas dengan hak dan aku katakan:

Kami mesti berlaku adil dengan kebenaran, kerana kami tidak melupakan peletup berani mati Al-Qaedah, yang sanggup meletupkan dirinya sendiri di dekat pintu salah satu masjid Houthis.

Kerana yang demikian juga merupakan suatu jenayah yang besar, juga jenayah yang telah menimpa Masjid Al-Wadi'i dengan roket-roket di daerah Saada di Damaj, yang mana mereka telah membunuh sejumlah orang yang sedang sholat.

Mereka turut mencederakan yang lain, maka sungguh mereka ini telah melanggar batas-batas Allah, dan sungguh mereka ini telah menzalimi diri mereka sendiri dengan suatu kezaliman yang besar.


ويا معشر الشيعة والسُّنة لا تتبعوا علماءكم اتِّباعَ الأعمى كون من علماء السُّنة والشيعة من يقولون على الله ما لا يعلمون، فلا تتبعوا علماءكم اتِّباع الأعمى في أي فتوى يا معشر الشيعة والسُّنة ما لم يأتكم بالبرهان المبين من ربّكم فيستنبطه لكم من محكم كتاب الله ومن سنّة رسوله الحقّ.
ويا ويل من أفتى بهدم بيوت الله على رؤوس المصلين فقد ارتكب جرماً كبيراً في حقّ نفسه وفي حقّ أمّته وأضلّ نفسه وأضلّ أمّته، فاتقوا الله يا معشر الحوثيين والسلفيين فمن أحلّ للمؤمنين أن يقتلوا بعضهم بعضاً فإن عليه لعنة الله وملائكته والنّاس أجمعين.

Wahai sekalian kaum Syi'ah dan Sunni, janganlah kalian mengikuti para alim-ulama kalian secara membuta tuli, kerana ada di antara para alim-ulama Sunni dan Syiah itu, yang mengatakan terhadap Allah dengan sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya.

Maka janganlah kalian mengikuti para alim-ulama kalian secara membuta tuli dalam setiap fatwa wahai sekalian kaum Syi'ah dan kaum Sunni, selagi dia tidak mendatangkan bukti yang nyata dari Tuhan kalian, dengan mengeluarkan fatwa ketetapan hukum bagi kalian dari muhkam Kitabullah, dan dari sunnah Rasul-Nya yang hak.

Alangkah celakanya bagi sesiapa yang berfatwa untuk meruntuh dan memusnahkan rumah-rumah Allah menimpa orang-orang yang bersholat, maka sungguh dia telah melakukan jenayah yang besar pada hak dirinya beserta umatnya, dan sungguh dia telah sesat dan menyesatkan umatnya.

Maka bertakwalah kepada Allah, takutlah terhadap Allah wahai Houthis and Salafi, sesiapa yang menghalalkan bagi kaum mukminin untuk membunuh antara satu sama lain, maka baginya-lah kutukan dan laknat dari Allah, juga dari malaikat-malaikat-Nya serta seluruh manusia juga melaknatnya.


ولا أعلم هل الشيخ عبد الملك الحوثي يعلم أن فريقاً من أنصاره سوف يهدمون بيت الله على رؤوس المصلين من السلفيين بجامع الشيخ مقبل الوادعي بمحافظة صعده بمنطقة دماج؟ ومن أفتاهم بتحليل سفك الدماء في بيوت الله برغم أن سفكَ دماءِ مسلمٍ بغير حقّ أعظم عند الله من هدم الكعبة؟ فأين تذهبون من بأس من الله شديدٍ؟ فاستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى القرآن المجيد حتى نهديكم به إلى صراط العزيز الحميد ونحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون في دينكم.

Aku tidak mengetahui apakah Syekh Abdul Malik Al-Houthis itu tahu bahawa terdapat satu kumpulan penyokongnya kelak akan memusnahkan rumah Allah iaitu masjid milik orang-orang Salafi, yaitu Masjid Syekh Muqbil Al-Wadi'I di bawah jajahan Saada di wilayah Dammaj
?

Siapa pula yang berfatwa menghalalkan pertumpahan darah di masjid meskipun menumpahkan darah orang Islam tidak dengan alasan yang benar itu, lebih besar kezalimannya di sisi Allah dari memusnahkan Ka'abah
?


Maka ke manakah kalian dapat melarikan diri dari siksaan Allah
?

Oleh itu, sambutlah kalian semua seruan untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an yang mulia sebagai hakim, agar kami tunjuki dan tuntun kalian dengan Al-Qur'an itu, menuju ke jalan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, dan mengadili dengan menetapkan suatu keputusan hukum di antara kalian, pada segala sesuatu yang kalian perselisihkan di dalam agama kalian.


وعلى كل حال لا يجوز لكم يا معشر السلفيين أن تردوا بالمثل فتهدموا بيوت الله على المصلين حتى لا تَقْفَر بيوت الله من المصلين خشية القتل، ولا يجوز للمسلم أن يسفك دم مسلمٍ في البرِّ والبحر وفي كل بقاع الكون وفضائه، فمن يجركم من عذاب أليم؟ فاتقوا الله وأطيعون لعلكم تهتدون وذروا الفساد في الأرض وكونوا مصلحين في الأرض ولا تكونوا من المفسدين.
فمن أفتى بقتل مسلمٍ بحجّة ضلاله أو بقتل كافرٍ بحجّة كفره فإن عليه لعنة الله وملائكته والناس أجمعين.

Walau bagaimanapun, tidak diperbolehkan bagi kalian wahai kaum Salafi untuk membalas dengan tindakan yang serupa dengan memusnahkan rumah-rumah Allah menimpa orang-orang yang sholat, supaya rumah-rumah Allah itu tidak kosong dan sepi dari didatangi orang-orang untuk bersholat lantaran khuatir berlakunya pembunuhan di situ.

Dan tidak dibenarkan juga bagi seorang muslim menumpahkan darah muslim lain sama ada di daratan, di lautan atau di seluruh tempat di alam ini termasuk di ruang angkasa.

Siapakah yang dapat menyelamatkan kalian dari azab yang pedih
?

Bertakwalah kepada Allah, takutlah terhadap Allah dan ikutlah aku, mudah-mudahan kalian mendapat petunjuk, dan tinggalkan penyelewengan dengan membuat kerosakan di bumi kalian.

Jadilah kalian semua sebagai orang-orang yang melaksanakan perbaikan di muka bumi,
serta hindarilah kalian semua dari menjadi orang-orang yang membuat kerosakan.

Siapa yang telah memberikan fatwa untuk membunuh seorang muslim dengan hujjah atas kesesatannya, ataupun berfatwa untuk membunuh seorang kafir dengan hujjah atas kekafirannya, maka sungguh ke atasnya-lah Laknat Allah, dan malaikat-malaikat-Nya beserta seluruh manusia juga melaknatnya.


وكذلك الذين يقطعون خطوط الكهرباء في مأرب أو في منطقة نهم صنعاء فأولئك من المفسدين في الأرض يقام عليهم الحدّ في شرع الله كون من سعى إلى تخريب مصالح المسلمين في سبيل تحقيق مصلحته الخاصة فهو من المفسدين في الأرض تقطّع أيديهم وأرجلهم من خلافٍ أو ينفوا من الأرض،وكذلك الذين يقطعون السبيل من أجل تحقيق مصالحهم الخاصة فكذلك من المفسدين في الأرض تقطع أيديهم وأرجلهم من خلافٍ أو ينفوا من الأرض إلى السجون إلى حين حتى يتوبوا عن ذلك، فاتقوا الله يا معشر المسلمين وهلمّوا للاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم لعلكم تُرشدون، وإن أبيتم فالحكم لله وله الأمر من قبل ومن بعد وهو أسرع الحاسبين.

Begitu juga pada mereka yang memutuskan bekalan eletrik di Marib atau di Sanaa, mereka inilah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi, dan hukuman patut dijatuhkan ke atas mereka berdasarkan undang-undang Allah.

Kerana sesiapa yang berusaha untuk menghancurkan kepentingan umat Islam demi mencapai tujuan untuk kepentingan diri sendiri, maka dia termasuk kalangan orang-orang yang membuat kerosakan di bumi, maka hukuman yang sepatutnya mereka terima adalah dengan hukuman dipotong tangan dan kaki mereka berselang, atau mereka dibuang.

Begitu juga terhadap mereka yang menyamun di jalan-jalan dengan tujuan mencapai kepentingan mereka
, maka mereka ini juga perosak-perosak dan hukuman terhadap mereka juga ialah dengan memotong tangan dan kaki mereka secara berselang, atau dibuang negeri ke penjara-penjara sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dari berbuat demikian.

Maka bertakwalah kepada Allah, takutlah terhadap Allah wahai sekalian kaum muslimin, marilah kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung mudah-mudahan kalian terbimbing dengan petunjuknya.

Dan sekiranya kalian menolak maka Allah-lah yang akan menetapkan keputusanNya, dan bagi-Nyalah segala urusan sebelumnya dan sesudahnya, sedang Dia-lah yang Maha Cepat membuat keputusan terhadap hamba-hambaNya.


حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو ربّ العرش العظيم لا قوة إلا بالله العليّ العظيم، إنا لله وإنا إليه راجعون، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Cukup bagiku Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah selain-Nya dan hanya kepadaNya aku bertawakkal, Dia-lah penguasa Arsy Singgahsana Agung, tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur lagi Maha Agung.

Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah, dan sesungguhnya kita ini akan kembali kepada-Nya.

Salam sejahtera ke atas para utusan, dan segala puja-puji hanya
bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Saudaramu Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani.
______________

sumber:

https://albushra-islamia.com./showthread.php?p=121653

https://albushra-islamia.com./showthread.php?p=124849