(((اليماني المُنتظر يدعو المُؤمنيين الخروج من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد)))

Al-Yamani Al-Muntazhar Menyeru Kaum Mukminin Agar Keluar Dari Peribadatan Kepada Hamba Menuju Peribadatan Kepada Tuhan Hamba




بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


وقال الله تعالى(

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ﴿106﴾

)صدق الله العظيم

Allah SWT berfirman:

Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah [dengan sembahan-sembahan lain]. (106)
Maha Benar Allah
(Yusuf)


من الناصر لمحمد رسول الله صلى الله عليه واله وسلم الإمام ناصر محمد اليماني إلى جميع
المُسلمين والناس أجمعين والسلام على من أتبع الهادي إلى
الصراط_______________المُستقيم


Dari pembela Muhammad Rasulullah SAW, Imam Nasser Mohammed Al-Yamani, kepada seluruh kaum muslimin dan kepada seluruh manusia. Salam sejahtera ke atas sesiapa yang mengikuti orang yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus.


يامعشر المُسلمين لا تدعو مع الله أحدُ وإني لأمركم بالكُفر بالتوسل بعباد الله المُقربين فذالك
شرك بالله فلا تدعوهم ليشفعوا لكم عند ربكم فذالك شرك بالله وتعالوا لننظر في القرأن العظيم
نتيجة الذين يدعون من دون الله عباده المُكرمون فهل يستطيعون أن ينفعونهم شيئا أم أنهم سوف
يتبرؤن ممن دعاهم من دون الله وكما بينا لكم من قبل بأن سبب عبادة الأصنام هي المُبالغة
في عباد الله المُقربون والغلو فيهم بغير الحق حتى إذا مات أحدهم من الذين عُرفوا بالكرامات
والدُعاء المُستجاب بالغ فيهم الذين من بعدهم وبالغوا فيهم بغير الحق ثم يصنعون لكُل منهم صنم
تمثال لصورته فيدعونه من دون الله وهذا العبد الصالح المُكرم قد مات ولو لم يزل موجود لنهاهم عن ذالك ولاكن الشرك يحدث من بعد موته فهلموا لننظر إلى حوار المُشركين المؤمنين بالله ويشركون
به عباده المُكرمين وكذالك حوار الكفار الذين عبدوا الأصنام دون أن يعلمون بسر عبادتها إلا أنهم
وجدوا أبائهم كابر عن كابر كذالك يفعلون فهم على أثارهم يهرعون وقال الله تعالى)

Wahai sekalian kaum muslimin, janganlah kalian menyembah sesuatu yang lain di samping Allah, sesungguhnya aku memerintahkan kalian agar mengingkari bertawassul kepada hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya, kerana yang demikian adalah syirik terhadap Allah. Maka janganlah kalian menyeru kepada mereka agar mereka memberi syafaat kepada kalian di sisi Tuhan kalian, kerana yang demikian menyekutukan Allah.

Kemarilah kalian agar kita perhatikan dalam kitab suci Al-Qur'an, kesudahan orang-orang yang menyembah selain Allah, yang menyeru hamba-hambaNya yang dimuliakan-Nya, sama ada mereka ini kelak dapat memberikan manfaat kepada penyeru-penyeru mereka barang sedikit, atau mereka kelak akan berlepas diri terhadap orang-orang yang menyeru mereka selain Allah.

Sebagaimana yang telah kami jelaskan kepada kalian sebelum ini, bahawa sebab terjadinya penyembahan berhala itu adalah kerana sikap berlebih-lebihan terhadap hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya, dan keterlaluan terhadap mereka tanpa alasan yang benar.

Sehingga apabila meninggal salah seorang hamba Allah ini, yang mereka ketahui keramah-keramahnya dan mengetahui bahawa doanya mustajab, telah bersikap berlebih-lebihan terhadap hamba Allah itu, lalu orang-orang yang setelah mereka juga bersikap keterlaluan dan berlebih-lebihan terhadapnya tanpa alasan yang benar, hinggakan setiap mereka itu membuat patung yang menggambarkan hamba Allah tadi.

Lalu kemudian mereka menyeru patung itu selain menyeru kepada Allah, padahal dia adalah seorang hamba Allah yang sholeh lagi dimuliakan-Nya yang telah meninggal dunia. Sekiranya hamba Allah yang sholeh tadi masih hidup, tentu dia akan melarang orang-orang itu dari berbuat demikian, namun syirik itu terjadi setelah kematian hamba Allah yang sholeh.

Oleh itu kemarilah kalian semua, agar kita perhatikan pembicaraan orang-orang yang beriman kepada Allah namun menyekutukan-Nya dengan menyeru kepada hamba-hamba-Nya yang dimuliakan-Nya.

Demikian juga kita perhatikan pembicaraan orang-orang kafir yang menyembah berhala tanpa mengetahui rahasia penyembahan itu, melainkan mereka mendapati bahawa ibubapa mereka dari generasi ke generasi berbuat seperti itu, sedang mereka hanyalah mengikuti jejak langkah perbuatan nenek moyang mereka.

Firman Allah SWT:



وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنتُمْ تَزْعُمُونَ﴿62﴾ قَالَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ رَبَّنَا هَؤُلَاء الَّذِينَ أَغْوَيْنَا أَغْوَيْنَاهُمْ كَمَا غَوَيْنَا تَبَرَّأْنَا إِلَيْكَ مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعْبُدُونَ﴿63﴾

)صدق الله العظيم

Dan [ingatlah] hari [di waktu] Allah menyeru mereka seraya berkata: "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang dahulu kamu katakan?" (62)

Berkatalah orang-orang yang telah tetap hukuman atas mereka ; "Ya Tuhan kami, mereka inilah orang-orang yang kami sesatkan itu; kami telah menyesatkan mereka sebagaimana kami [sendiri] sesat, kami menyatakan berlepas diri [dari mereka] kepada Engkau, mereka sekali-kali tidak menyembah kami". (63)
Maha Benar Allah
(القصص)



وإليكم التاويل بالحق حقيق لا أقول على الله بالتأويل غير الحق وليس بالظن فالظن لا يغني
من الحق شيئا والتأويل الحق لقوله({‏


وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ *

)
ويُقصد الله أين عبادي المُقربون الذين كنتم تدعون من دوني وقال الذين كانوا يعبدون الأصنام
ربنا هاؤلاء أغوينا ويقصدون أبائهم الأولون بأنهم وجدوهم يعبدون الأصنام ولم يكونوا يعلمون ما
سر عبادتهم لها فهرعوا على أثارهم دون أن يعلمون بسر ذلك وأباءهم يعلمون بالسر في
عبادتها ) ثم ننظر إلى رد أبائهم الأولون فقالو(

أَغْوَيْنَاهُمْ كَمَا غَوَيْنَا

) ويقصدون بذالك بأنهم
أغووا الأمم الذين من بعدهم بسبب عبادتهم لعباد الله المُقربين ليقربوهم إلى الله زُلفا ومن ثم
زيل الله بينهم وبين عباده المُقربون فرؤهم وعرفوهم كما كانوا يعرفونهم في الحياة الدُنيا من
الذين كانوا يُغالون فيهم من بعد موتهم وقال تعالى(وإذا رءا الذين أشركوا شركاءهم قالوا ربنا هؤلاء شركاؤنا الذين كنا ندعوا من دونك فألقوا إليهم القول إنكم لكذبون) صدق الله العظيم


Untuk kalian takwil dengan kebenaran, sungguh sudah selayaknya aku tidak mengatakan terhadap Allah dengan takwil tanpa kebenaran, dan tidak pula mengatakannya dengan dugaan (dhonn), kerana dugaan itu tidak berguna sama sekali untuk menggapai kebenaran.

Takwil yang haq bagi firman Allah SWT:
"Dan [ingatlah] hari [di waktu] Allah menyeru mereka seraya berkata: "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang dahulu kamu katakan?" (62)", yang dimaksudkan Allah adalah "Manakah hamba-hamba-Ku yang dekat kepada-Ku, orang-orang yang kalian seru mereka selain Aku", kemudian orang-orang yang menyembah berhala menjawab "Ya Tuhan kami, mereka inilah orang-orang yang kami sesatkan itu", yang dimaksudkan adalah (ucapan) bapak-bapak mereka yang terdahulu, bahawa mereka telah mendapati orang-orang ini menyembah berhala, sedang mereka itu tidak mengetahui asal muasal pengagungan mereka terhadap berhala.

Kemudian mereka mengikuti jejak langkah orang tua mereka tanpa mengetahui rahasia terjadinya penyembahan yang demikian itu sedang bapak-bapak mereka tahu asal-muasal penyembahan terhadap berhala itu, lalu kita perhatikan balasan bapak-bapak mereka yang terdahulu mereka berkata
"kami telah menyesatkan mereka sebagaimana kami [sendiri] sesat".

Yang mereka maksudkan dengan demikian adalah bahawa mereka telah menyesatkan umat-umat yang datang sesudah mereka dengan sebab penyembahan mereka terhadap hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya agar hamba-hamba Allah itu dapat mendekatkan mereka kepada Allah dengan sedekat-dekatnya, lalu kemudian Allah memisahkan antara mereka dan hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya.

Maka hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya ini menyaksikan penyembah-penyembah mereka ini dan mereka mengenali orang-orang itu sebagaimana mereka dahulu mengenali mereka di dunia, di antara orang-orang yang melampaui batas mengagumi mereka setelah kematian mereka, kerana itu firman Allah "Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan [Allah] melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau".

Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta"
Maha Benar Allah

(An-Nahl-86)


وإنما أزال الله الحجاب الذي يحول بينهم وبين رؤيتهم لبعضهم بعض فأراهم أياهم
ولذالك قال تعالى


( وَإِذَا رَأى الَّذِينَ أَشْرَكُواْ شُرَكَاءهُمْ قَالُواْ رَبَّنَا هَـؤُلاء شُرَكَآؤُنَا الَّذِينَ كُنَّا نَدْعُوْ مِن دُونِكَ فَألْقَوْا إِلَيْهِمُ الْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكَاذِبُونَ﴿86﴾)


وذالك هو التزييل المقصود في الأية وقال الله تعالى(

وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ أَنْتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ وَقَالَ شُرَكَاؤُهُمْ مَا كُنْتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ

)صدق الله العظيم

ومن ثم قال عباد الله المُقربون (

تَبَرَّأْنَا إِلَيْكَ مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعْبُدُونَ

) صدق الله العظيم

Allah SWT menghilangkan hijab yang membatasi di antara mereka dan di antara penglihatan sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lain hanyalah untuk memperlihatkan kepada mereka antara satu sama lain, kerana itu Allah SWT berfirman:

Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan [Allah] melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau". Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta". (86)

Demikian juga dengan pemisahan, yang dimaksudkan pada firman Allah SWT:

[Ingatlah] suatu hari [ketika itu] Kami mengumpulkan mereka semuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan [Tuhan]: "Tetaplah kamu dan sekutu-sekutumu di tempatmu itu". Lalu Kami pisahkan mereka dan berkatalah sekutu-sekutu mereka: "Kamu sekali-kali tidak pernah menyembah kami.
(Yunus-28)

Lalu kemudian hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya berkata:

kami menyatakan berlepas diri [dari mereka] kepada Engkau, mereka sekali-kali tidak menyembah kami"
.
Maha Benar Allah
(Al-Qoshosh-63)




وهذا هو التأويل الحق لقوله تعالى(‏

وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ * قَالَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ رَبَّنَا هَؤُلَاءِ الَّذِينَ أَغْوَيْنَا أَغْوَيْنَاهُمْ كَمَا غَوَيْنَا تَبَرَّأْنَا إِلَيْكَ مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعْبُدُونَ

)صدق الله العظيم

Dan inilah takwil yang haq terhadap firman Allah SWT

Dan [ingatlah] hari [di waktu] Allah menyeru mereka seraya berkata: "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang dahulu kamu katakan?" (62)

Berkatalah orang-orang yang telah tetap hukuman atas mereka ;"Ya Tuhan kami, mereka inilah orang-orang yang kami sesatkan itu; kami telah menyesatkan mereka sebagaimana kami [sendiri] sesat, kami menyatakan berlepas diri [dari mereka] kepada Engkau, mereka sekali-kali tidak menyembah kami". (63)

Maha Benar Allah


إذا يامعشر المسلمين قد كفر عباد الله المُقربين بعبادة الذين يعبدونهم من دون الله كما رأيتم سياق
الأيات وكانوا عليهم ضدا تصديقا لقوله تعالى(

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِّيَكُونُوا لَهُمْ عِزّاً﴿81﴾ كَلَّا سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدّاً﴿82﴾

)صدق الله العظيم


Jika demikian wahai sekalian kaum muslimin, sungguh hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya itu telah mengingkari pengagungan orang-orang yang menyembah mereka selain Allah seperti yang kalian lihat pada rentetan ayat-ayat tersebut, di mana hamba-hamba Allah yang sholeh ini kelak akan mengingkari dan memusuhi pengkagum-pengkagum mereka, seperti firman Allah SWT:

Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. (81)

Sekali-kali tidak. Kelak mereka [sembahan-sembahan] itu akan mengingkari penyembahan [pengikut-pengikutnya] terhadapnya, dan mereka [sembahan-sembahan] itu akan menjadi musuh bagi mereka. (82)

Maha Benar Allah
(Maryam)


إذا يامعشر الشيعة من الذين يدعون أئمة اهل البيت أن يشفعوا لهم فقد أشركتم بالله انتم
وجميع الذين يدعون عباد الله المقربين ليشفعوا لهم من جميع المذاهب وإنما هم عباد لله أمثالكم

وقال الله تعالى(: «

قل ادعو الذين زعمتم من دونه فلا يملكون كشف الضر عنكم ولا تحويلاً اولئك الذين يدعون يبتغون الى ربهم الوسيلة ايهم اقرب ويرجون رحمته ويخافون عذابه ان عذاب ربك كان محذوراً

)صدق الله العظيم

Jika demikian wahai sekalian kaum Syi'ah, di kalangan orang-orang yang berdo'a kepada para Imam Ahlul Bayt agar mensyafa'ati mereka, maka sungguh kalian telah syirik kepada Allah SWT, juga semua orang yang berdoa kepada hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya agar mereka memberikan syafa'at kepada pendoa-pendoa mereka dari semua mazhab, padahal mereka semuanya adalah hamba-hamba Allah, sama seperti kalian.

Allah SWT berfirman:

Katakanlah: "Panggillah mereka yang kamu anggap [tuhan] selain Allah, maka mereka tidak akan mempunyai kekuasaan untuk menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya". (56)

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang [harus] ditakuti. (57)

Maha Benar Allah
(Al-Isra)


وهذا بالنسبة للمُؤمنيين المُشركين بالله عباده المُقربين ولكنه يوجد هناك أقوام يعبدون الشياطين من دون الله بل ويظهروا لهم الشياطين ويقولون بأنهم ملائكة الله المُقربون
فيخرون لهم ساجدين حتى إذا سألهم ما كنتم تعبدون من دون الله فقالوا الملائكة المُقربون

Dan ini berhubungan dengan orang-orang beriman yang menyekutukan Allah dengan hamba-hamba-Nya yang didekatkan-Nya, namun demikian terdapat sekelompok kaum yang menyembah syaitan-syaitan selain Allah, padahal syaitan-syaitan ini menampakkan dirinya kepada mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah para malaikat Allah yang didekatkan-Nya, lalu orang-orang itu pun terpedaya dan ikut menyembah syaitan-syaitan sehingga apabila ditanyakan kepada mereka apa yang kalian sembah selain Allah, maka mereka menjawab (kami menyembah) para malaikat yang didekatkan-Nya.



ومن ثم سأل ملائكته المُقربون هل يعبدوكم هاؤلاء وقال الله تعالى
((: {

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعاً ثُمَّ يَقُولُ لِلْمَلَائِكَةِ أَهَؤُلَاء إِيَّاكُمْ كَانُوا يَعْبُدُونَ﴿40﴾

} {

قَالُوا سُبْحَانَكَ أَنتَ وَلِيُّنَا مِن دُونِهِم بَلْ كَانُوا يَعْبُدُونَ الْجِنَّ أَكْثَرُهُم بِهِم مُّؤْمِنُونَ

)صدق الله العظيم

Sebab itulah Allah SWT bertanya kepada para malaikat-Nya yang didekatkan apakah orang-orang ini menyembah kalian,
Allah SWT berfirman:

Dan [ingatlah] hari [yang di waktu itu] Allah mengumpulkan mereka semuanya kemudian Allah berfirman kepada malaikat: "Apakah mereka ini dahulu menyembah kamu?". (40)

Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan mereka: bahkan mereka telah menyembah jin; kebanyakan mereka beriman kepada jin itu". (41)

Maha Benar Allah



وهاؤلاء من الذين تصدهم الشياطين عن السبيل ويحسبون أنهم مُهتدون

Itulah di antara orang-orang yang syaitan-syaitan telah menghalang-halangi mereka dari mengikuti jalan yang lurus, sedang mereka itu menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.



وكُل هذه الفرق ضالة عن الطريق الحق ويحسبون بأنهم مُهتدون ويُطلق عليهم الضالين
عن الطريق الحق وهم لا يعلمون بأنهم على ضلال مُبين بل ضل سعيهم في الحياة الدنيا
وهم يحسبون بأنهم يحسنون صُنعا وأما فرقة أخرى فليس ضالين عن الطريق وبصرهم فيها حديد
ولكنهم إن يروا سبيل الحق لا يتخذونه سبيلا لأنهم يعلمون بأنهُ سبيل الحق وإن يروا
سبيل الغي يتخذونها سبيلا وهم يعلمون بأنها سبيل الباطل أولئك شياطين البشر أولئك ليس
الضالين بل هم المغضوب عليهم باؤا بغضب على غضب كيف وهم يعلمون سبيل الحق فلا يتخذونه سبيلا وإن يروا سبيل الغي يتخذونهة سبيلا كيف وهم يعرفون بأن محمد رسول الله حق
كما يعرفون أبنائهم ثم يصدون عن دعوة الحق صدودا
أولئك هم أشد على الرحمن عتيا أولئك هم أولى بنار جهنم صليا ويحاربون الله وأوليائه
وهم يعلمون أنه الحق فيكيدون لأوليائه كيدا عظيم ويعبدون الطاغوت من دون الله وهم يعلمون
أنه الشيطان الرجيم عدو الله وعدو من والاه لذالك أتخذو الشياطين أولياء من دون الله وغيروا خلق
الله ويجامعون إناث الشياطين لتغيير خلق الله فأستكثروا من ذُريات بني البشر عالم الجن الشياطين وقال الله تعالى( (


ويوم يحشرهم جميعاً يا معشر الجنّ قد استكثرتم من الإنس وقال أولياؤهم من الإنس ربّنا استمتع بعضنا ببعض وبلغنا أجلنا الذي أجّلتَ لنا قال النّار مثواكم خالدين فيها إلاّ ما شاء اللّه إنّ ربّك حكيمٌ عليم

)صدق الله العظيم

Setiap kelompok yang dinyatakan itu sesat dari jalan kebenaran dan mereka menyangka bahawa mereka di atas petunjuk. Mereka ini dikatakan sesat dari jalan yang haq kerana mereka tidak menyadari bahawa mereka berada di atas kesesatan yang nyata, bahkan segala usaha mereka di dunia ini sia-sia sedang mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.

Adapun kelompok yang lain, mereka bukanlah orang-orang yang sesat dari jalan yang lurus kerana penglihatan mereka pada waktu itu tajam, akan tetapi mereka ini, sekiranya mereka melihat jalan kebenaran, maka mereka tidak menempuhnya sedang mereka tahu bahawa itu adalah jalan kebenaran.

Dan sekiranya mereka melihat jalan kesesatan, maka mereka menempuh jalan sesat itu sedang mereka mengetahui bahawa itu jalan batil. Mereka inilah syaitan-syaitan manusia, mereka itu bukanlah orang-orang yang sesat, bahkan mereka adalah orang-orang yang dimurkai, yang tertimpa kemurkaan sesudah kemurkaan dari Allah.


Bagaimana keadaan mereka ini padahal mereka menyadari jalan kebenaran namun mereka tidak menempuhnya, dan sekiranya mereka melihat jalan sesat pula mereka menempuhnya. Bagaimana hal mereka ini padahal mereka mengenal bahawa Muhammad Rasulullah SAW benar-benar utusan Allah, sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri, namun mereka menghalang-halangi manusia dari seruan dakwah yang haq dengan sungguh-sungguh.

Maka mereka inilah golongan yang sangat durhaka kepada Ar-Rahmaan Tuhan yang Maha Pemurah, dan mereka inilah orang-orang yang seharusnya dicampakkan ke dalam api neraka jahannam, kerana mereka memerangi Allah dan para aulia Allah sedang mereka mengetahui bahawa itu adalah kebenaran, lalu mereka tetap menjalankan makar tipudaya mereka terhadap para aulia Allah dengan tipudaya yang besar.

Mereka ini menyembah Thooguut (Iblis) selain dari Allah, sedang mereka mengetahui bahawa itu adalah syaitan yang direjam, musuh Allah dan musuh para wali Allah, sebab itu mereka menjadikan syaitan-syaitan sebagai penolong-penolong mereka selain dari Allah dan mereka merubah ciptaan Allah, lalu menyetubuhi syaitan-syaitan perempuan untuk merubah ciptaan Allah dan kemudian mereka berkembang-biak menjadi banyak dari keturunan manusia di alam jinn yang didiami syaitan-syaitan, Allah SWT berfirman:

Dan [ingatlah] hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, [dan Allah berfirman]: "Hai golongan jin [syaitan], sesungguhnya kamu telah banyak [menyesatkan] manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian [yang lain] dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki [yang lain]". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (128)
Maha Benar Allah
(Al-An'aam)



أولئك لا يدخلون النار بحساب بمعنى أنهم لا يؤخرون إلى يوم القيامة بل يدخلون في النار
مُباشرة من بعد موتهم أولئك شياطين البشر في كُل زمان ومكان يدخلون النار من بعد موتهم
مُباشرة وعكسهم عباد الله المُقربون لا يدخلون الجنة بحساب بمعنى أنهم لا يؤخرون إلى يوم
القيامة لمحاسبتهم بل يدخلون الجنة فور موتهم ويمكثون في الجنة ما دامت السماوات والأرض
وكذالك شياطين البشر يمكثون في النار ما دامت السماوات والأرض وأما أصحاب اليمين
فيؤخر دخولهم الجنة إلى يوم البعث والحساب بمعنى أنهم يتأخرون عن دخول الجنة
إلى يوم القيامة فيدخلون الجنة بحساب ويرزقون فيها بغير حساب وكذالك الضالون يؤخر
دخولهم النار إلى يوم القيامة فيدخلون النار بحساب ويأكلون من شجرة الزقوم بغير حساب
طعام الأثيم كالمُهل يغلي في البطون كغلي الحميم ومعنى القول بحساب أي يُحاسبوا حتى
يتبين لهم بأن الله ما ظلمهم شيئا بل أنفسهم كانوا يظلمون أما شياطين البشر فهم يعلمون
وهم في الحياة الدُنيا بأنهم على ضلال مُبين أولئك يدخلون النار مرتين المرة الأولى من بعد
موتهم في الحياة البرزخية والأخرى يوم يقوم الناس لله رب العالمين)

Mereka inilah golongan yang tidak dicampakkan ke dalam neraka melalui hisab, maknanya mereka ini tidak ditunda hingga hari Kiamat bahkan mereka langsung dimasukkan ke dalam neraka setelah kematian mereka. Mereka inilah syaitan-syaitan manusia pada setiap zaman dan tempat, mereka akan langsung dicampakkan ke neraka setelah kematian mereka.

Sebaliknya hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya pula, mereka juga tidak dimasukkan ke dalam syurga melalui hisab, bermakna mereka ini tidak ditunda hingga hari kiamat untuk dihisab yakni diperhitungkan, bahkan mereka akan langsung dimasukkan ke syurga setelah kematian mereka, dan mereka tinggal di dalam syurga itu selama ada langit dan bumi. Demikian juga dengan syaitan-syaitan manusia, mereka diam di neraka itu selama adanya langit dan bumi.


Adapun golongan kanan, maka mereka ini ditunda untuk masuk ke syurga sehinggalah hari berbangkit dan hari perhitungan, bermakna mereka ini ditangguhkan masukke syurga sehingga hari kiamat, lalu mereka memasukinya dengan melalui perhitungan terlebih dahulu, baru kemudian mereka dianugerahi di syurga itu tanpa hisab lagi.

Demikan pula bagi orang-orang yang sesat, mereka juga diakhirkan masuk ke neraka sehingga hari kiamat, baru kemudian mereka akan memasuki neraka melalui hisab dan mereka memakan dari pohon Zaqqum di neraka itu tanpa hisab, sebagai makanan bagi pendosa, seperti kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang panas.

Makna perkataan dihisab – diperhitungkan, yakni mereka itu diperhitungkan sehingga jelas bagi mereka bahawa Allah SWT sama sekali tidak menzalimi mereka, bahkan merekalah yang telah menzalimi diri mereka sendiri.

Adapun syaitan-syaitan manusia, yang mana mereka ini mengetahui bahawa mereka ini di dunia berada dalam kesesatan yang nyata, maka mereka dicampakkan ke dalam neraka dua kali. Kali pertama adalah setelah kematian mereka di alam barzah, dan kali kedua pula adalah pada hari manusia dibangkitkan untuk diperhitungkan Allah Tuhan Semesta Alam.




ويامعشر المُسلمين تعالوا لأبين لكم الفرق بين أصحاب اليمين والمُقربين والفارق بين الدرجات

وأن الفرق بين عمل الفرض وعمل النافلة تقرب إلى الله بأن الفرق بينهم سُتمأئة وتُسعون درجة

Wahai sekalian kaum muslimin, kemarilah kalian agar aku jelaskan bagi kalian perbezaan antara golongan kanan dan golongan muqorrabun –orang-orang yang didekatkan-Nya-, dan yang membezakan darjat kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

Sesungguhnya perbezaan antara amal fardlu dan amal nafilah untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan perbezaan di antara mereka itu adalah sebanyak 690 derajat



ولا ينال محبة الله أصحاب اليمين بل ينالوا رضوانه بمعنى أنه ليس غاضب عليهم بل راضي عنهم
وذالك لأنهم أدوا ما فرضه الله عليهم ولم يقربون الإعمال التي جعلها الله طوعا وليس فرضا بل
إن شاؤا أن يتقربون بها إلى ربهم ولاكنهم لم يفعلوها بل أدوا صدقة فرض الزكاة ولم يقربوا
صدقات النافلة ولاكن الفرق عظيم في الميزان يامعشر المؤمنون فتعالوا ننظر الفرق

Golongan kanan ini tidak dapat menggapai Mahabbah Allah, namun mereka mendapatkan Redha Allah, bermakna bahawa Allah SWT tidak memurkai mereka, bahkan Allah SWT meredhai mereka kerana mereka telah menunaikan segala yang difardlukan Allah ke atas mereka, akan tetapi mereka tidak mendekatkan diri dengan amal-amal yang Allah jadikan sebagai amal tambahan sukarela, bukan fardlu, namun amalan-amalan yang sekiranya mereka mahu melakukannya untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan mereka.

Akan tetapi mereka tidak melakukannya, bahkan mereka hanya membayar zakat yang difardlukan ke atas mereka tanpa mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memberi sedekah yang berupa zakat nafilah. Padahal perbezaannya sangat besar dalam timbangan wahai kaum mukminin, kemarilah agar kita lihat perbezaan itu.




فأما المُقربين فأدوا صدقة الفرض فكُتبة لهم كحسنات أصحاب اليمين عشرة أمثالها ومن ثم
عمدوا إلى صدقات النافلة فأنفقوا في سبيل الله إبتغاء مرضات الله وقربة إليه تثبيت من أنفسهم
ولم يكن عليهم فرض أمر جبري كفرض الزكاة بل من أنفسهم وكان الله أكرم منهم فجعل الفرق
بين درجة الفرض ودرجة النافلة ستمائة وتُسعون درجة وأحبهم وقربهم وقال الله تعالى

Adapun golongan muqorrabun –golongan yang didekatkan-Nya-, mereka ini menunaikan zakat fardlu lalu dicatat bagi mereka seperti kebaikan golongan kanan sepuluh kali lipat, lalu kemudian mereka menambahkan pemberian zakat nafilah dengan menafkahkannya di jalan Allah semata-mata mengharap keredhaan-Nya, demi mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT, yang mereka tetapkan dari diri mereka sendiri.

Padahal Allah tidak mewajibkannya ke atas mereka seperti perintah wajib yang mesti dilakukan misalnya fardlu zakat, bahkan mereka menetapkannya ke atas diri mereka sendiri, sedang Allah SWT lebih Maha Dermawan lagi Maha Mulia dibanding mereka.

Maka Allah SWT menjadikan perbezaan antara derajat kedudukan menunaikan perkara fardlu dan derajat kedudukan perkara nafilah adalah sebanyak 690 derajat kerana kecintaan mereka dan kedekatan mereka, Allah SWT berfirman:


(

من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

) وذالك هي حسنة الفرض والأمر الجبري ولا يقبل النافلة
إلا بعد أتيان العمل الجبري ومن ثم الأعمال الطوعية وذكر الله الفرق بينهما بنص القرأن العظيم

بأن الحسنة الجبرية هي في الميزان بعشرة أمثالها وأما الحسنة الطوعية قربة إلى الله

فهي بسبعمائة حسنة وبين الفرق بينهما انه ستمائة وتُسعون درجة وكذالك يُضاعف الله فوق ذلك لمن يشاء فلم يحصر كرمه سبحانه ولكنها توجد هُناك حسنةوسيئة قد جعلهم الله سواء
في الميزان في الأجر أو الوزر وهو قتل نفس بغيرنفس أو فساد في الأرض فكأنما قتل الناس
جميعا وكذالك من أحياها وعفى أو دفع دية مُغرية لأولياء الدم حتى عفو فكأنما أحياء الناس
جميعا )


Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya [pahala] sepuluh kali lipat amalnya;
(Al-An'aam)

Demikian itulah kebaikan amalan-amalan fardlu, yang mesti dilaksanakan, dan tidak diterima amal-amal nafilah melainkan setelah dilaksanakan amalan-amalan fardlu, baru setelah itu melaksanakan amalan-amalan sukarela.

Allah SWT menyebutkan perbezaan antara keduanya dalam nash Al-Qur'an yang agung, bahawa kebaikan-kebaikan yang didapatkan dari melaksanakan kefardluan kelak akan didapatkan dalam timbangan sebanyak 10 kali lipat, manakala amalan-amalan nafilah yang dilakukan secara sukarela semata-mata mendekatkan diri kepada Allah, maka ianya sebanyak 700 kebaikan.

Allah SWT juga menjelaskan bahawa perbezaan antara keduanya adalah sebanyak 690 derajat, dan demikian juga Allah SWT menambahkan anugerah-Nya melampaui semua itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, kerana Kemuliaan-Nya dan Kedermawanan-Nya tidak dapat dibatasi Maha Suci Dia.

N
amun ianya terdapat di situ, sama ada pada kebaikan atau keburukan yang Allah SWT jadikan dalam timbangan, dalam ganjaran pahala atau balasan dosa, iaitu perbuatan membunuh seseorang yang tidak membunuh orang lain, atau berbuat kerosakkan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.

Demikian juga sesiapa yang memelihara kehidupan manusia, yang memaafkan mereka dan membayar tebusan kematian kepada mangsa pembunuhan supaya mereka memaafkan, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.




فتوبوا إلى الله جميعا أيه المؤمنون لعلكم تُفلحون ولينظر أحدكم هل هو من المُقربين أو من
أصحاب اليمين أو من أصحاب الجحيم فهل يعلم بحقيقة عمل الإنسان ونيته غير الإنسان وخالق
الإنسان فأنظروا إلى قلوبكم تعلمون هل أديتم ما أمركم الله به ام لا وإذا أديتموه أنظروا هل عملكم خالص لوجه الله أم لكم غاية أخرى رياء الناس أو حاجة دنوية في أنفسكم فأنتم تعلمون
ما في أنفسكم وكذالك ربكم فانظروا إلى نوايا أعمالكم وسوف تعلمون هل أنتم من المُقربين
أم من أصحاب اليمين أم من أصحاب الشمال وذالك تصديق لقول الله تعالى)


Oleh itu bertaubatlah kalian semua dan kembalilah kepada Allah wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kalian berjaya. Hendaklah setiap diri memperhatikan, adakah dirinya termasuk golongan muqorrabun, ataukah dari golongan kanan, atau dari golongan penghuni neraka.

Apakah ada yang mengetahui niat seorang manusia selain dirinya dan Penciptanya? Maka perhatikanlah kalian semua akan hati kalian, kerana kalian mengetahui apakah kalian melaksanakan perintah Allah ataupun tidak.

Sekiranya kalian melaksanakan perintah-Nya, perhatikan adakah amalan kalian tersebut ikhlas semata-mata mengharap keredhaan Allah, ataupun kalian mempunyai tujuan lain, riya' terhadap manusia, atau ada keperluan-keperluan duniawi dalam diri kalian, kerana kalian mengetahui apa yang ada dalam diri kalian dan demikian juga Tuhan kalian, tentu sahaja Dia lebih mengetahuinya.

Maka perhatikanlah niat-niat kalian dalam setiap amalan kalian, dan kelak kalian akan mengetahui adakah kalian termasuk golongan muqorrabun, atau dari golongan kanan, atau dari golongan kiri.

Demikianlah pembenaran terhadap firman Allah SWT:



ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ماقدمت لغدٍ واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون

" )

صدق الله العظيم

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok [akhirat], dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (18)
Maha Benar Allah
(Al-Hasyr)



أخو المُسلمين خليفة الله على البشر الإمام الثاني عشر من أهل البيت المُطهر
اليماني المُنتظر

((((((((((((((((الإمام ناصر محمد اليماني)))))))))))))))))



Saudara kaum muslimin, Khalifah Allah atas seluruh manusia, Imam ke-12 dari ahlul bayt yang suci, yang datang dari Yaman lagi dinanti-nantikan

(((((((((Imam Nasser Mohammed Al-Yamani)))))))))


المصدر
Sumber

https://albushra-islamia.com./showthread.php?p=123118