وسأل سائل فقال: وما هو دليلك على أنك أنت المهدي المُنتظر؟
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Pertanyaan: Apakah buktimu yang menunjukkan bahawa engkau adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar
?
Yang memiliki ilmu Al-Kitab menjawab, dia berkata:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
إني لم أكن أعلم عن شأن الأئمّة شيئاً وكنت لا أملك من العِلم إلّا كعامة الناس من المُسلمين وليس من العُلماء وذات ليلة رأيت:
[أني في مركز عشرةٌ من الرجال وكانوا عليّ بشكلٍ دائري، ومن ثُمّ قلت لهم: دلّوني على الإمام علي إبن أبي طالب. ومن ثُمّ تراجع أحدهم كان أمام وجهي خطوةً إلى الخلف ثُمّ خطوةً إلى الجنب وقال: ذلك الإمام علي إبن أبي طالب. وكان خارج دائرة العشرة، ومن ثُمّ انطلقت نحوه وأمسكته بيده بيداي الاثنتين وقلت له: دُلّني على مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. ومن ثُمّ أخذني إلى عمود يتوسّط الغرفة التي كُنّا فيها وإذا بمُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم جالس بجانبه ومُتكئ ظهره إلى العمود ومن ثُمّ جثمت عليه وجعلت وجهي في عنقه وقبّلته قُبلات عديدة وجلست إلى جانبه وأفتاني في شأني ولكن مُحمد رسول الله يعلم إن الرؤيا تُخص صاحبها ولكنّه قال: وما جادلك أحدٌ من القُرآن إلّا غلبته]
انتهت الرؤيا بالحقّ.
Sesungguhnya aku sama sekali tidak mengetahui urusan para pemimpin, dan aku juga tidak memiliki ilmu pengetahuan melainkan sebagaimana pengetahuan yang dimiliki manusia pada umumnya dari kalangan kaum muslimin, bukan seperti ilmu pengetahuan yang dimiliki para alim-ulama, lalu pada suatu malam aku menyaksikan:
Bahawasanya aku berada di tengah sepuluh orang lelaki dan mereka semuanya mengelilingi aku, lalu aku berkata kepada mereka:
"Bawa aku kepada Imam Ali bin Abi Thalib"
Kemudian salah seorang dari mereka di hadapanku berundur selangkah ke ke belakang lalu selangkah ke tepi dan berkata:
"Itulah Imam Ali bin Abi Thalib".
Beliau berada di luar bulatan sepuluh orang tadi, lantas aku pergi menujunya dan menyalaminya dengan kedua-dua tanganku sambil berkata kepadanya:
"Bawa aku kepada Muhammad Rasulullah SAW"
Lalu beliau (Imam Ali) membawaku ke tiang yang berada di tengah ruang tempat kami berada, dan kemudian tiba-tiba kami bertemu Muhammad Rasulullah SAW, yang sedang duduk bersandar dengan menyandarkan belakang baginda di tiang.
Kemudian aku menghampiri baginda dan meletakkan wajahku di leher baginda sambil memeluknya dan menciumnya beberapa kali, kemudian aku duduk di tepi baginda dan baginda menfatwakan kepadaku mengenai urusanku.
Bagaimanapun, Muhammad Rasulullah SAW mengetahui bahawa mimpi itu khusus bagi yang mengalaminya, namun baginda berkata:
"Tidak ada seorang pun yang mendebatmu dari Al-Qur'an melainkan engkau pasti mengalahkannya".
Selesai visi mimpi yang benar.
وعلمت من خلال الرؤيا إن العشرة الذين كانوا يحيطون بي بشكلٍ دائري إنما هُم أئمّة آل البيت من ذُرية الإمام علي ابن أبي طالب، وأما الإمام خليفة الله من بعد رسوله فكان خارج دائرة العشرة فأصبح تعدادهم إحدى عشر إمام من آل البيت، وعلمت أني الإمام الثاني عشر من آل البيت من ذُرية الإمام علي ابن أبي طالب عليه الصلاة والسلام، وكُنا جميعاً نحن ومُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في بيت بشكل غرفة واحده كبيرة والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل..
Dari mimpi tersebut aku mengetahui bahawa sepuluh orang yang mengelilingiku dengan membentuk bulatan sekitarku adalah para Imam dari Ahlul Bayt zuriat Imam Ali bin Abi Thalib. Adapun Imam Khalifah Allah setelah Rasul-Nya, maka beliau berada di luar bulatan sepuluh orang.
Maka jadilah bilangan mereka semuanya sebelas orang Imam dari Ahlul Bayt, dari itu aku mengetahui bahawa aku adalah Imam yang ke-12 dari Ahlul Bayt zuriat Imam Ali bin Abi Thalib AS. Kami semuanya bersama Muhammad Rasulullah SAW berada di sebuah kediaman berupa satu ruangan yang besar. Allah-lah sebagai Penyaksi dan Pelindung terhadap apa yang aku katakan..
غير أني أحذّرك أيها السائل أن تُصدق بأني المهدي المُنتظر الإمام الثاني عشر من آل البيت المُطهّر ما لم تجد التصديق للرؤيا بالحق على الواقع الحقيقي بأن الله زادني بسطةً في العِلم بالبيان الحق للذكر فلا يُجادلني عالمٌ من القُرآن إلّا غلبته بسُلطان العلم الحق المُقنع الذي لا يستطيع أن يُجادل فيه شيئاً فيُسلّمُ تسليماً إن كان يؤمن بالقُرآن العظيم، وذلك لأن مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال لي في الرؤيا إنه [لن يُجادلني أحدٌ من القُرآن إلّا غلبته] بمعنى: أنه لن يُجادلني عالم من القُرآن إلّا غلبته بسُلطان العلم والحُكم طاولة الحوار بُسلطان العلم بالبيان الحق للذكر فهل من مُدّكر ومُصدق أني الإمام المهدي المُنتظر الإمام الثاني عشر من آل البيت المُطهّر.؟! ولم يُعلّمني الله ورسوله بأسمائهم لأن أسماءهم لا تُهم بل الحكمة في تبيان عددهم وذلك لكي أعلم أني الإمام الثاني عشر من آل البيت المُطهّر ولو وجِدوا لما وسعهم إلّا أن يتّبعوني جميعاً وفوق كُل ذي عِلمٍ عليم..
Hanya sahaja aku peringatkan dirimu wahai orang yang bertanya, dari mempercayai bahawa aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, Imam ke-12 dari Ahlul Bayt yang suci, selagi engkau belum mendapatkan pembenaran terhadap mimpi benar itu dalam kenyataan yang sebenar, bahawa Allah SWT telah menambahkan kepadaku keluasan ilmu pengetahuan dengan bayan yang haq bagi Al-Qur'an, hinggakan tidak ada seorang ulama pun yang mendebatku dari Al-Qur'an ini melainkan pasti aku mematahkan hujjahnya dengan bukti keilmuan dan benar lagi memuaskan, yang tidak dapat dia bantah sedikit pun membuatkan dia menerimanya dengan sepenuh hati, jika dia beriman kepada Al-Qur'an yang agung.
Demikian ini kerana Muhammad Rasulullah SAW telah mengatakan padaku di dalam visi mimpi bahawa "Tidak ada seorangpun yang dapat mendebatku mengenai Al-Qur'an ini melainkan pasti aku mengalahkannya", bermakna tidak akan ada seorang ulama pun yang mendebatku dari Al-Qur'an kecuali aku pasti akan mengalahkannya dengan bukti ilmu pengetahuan dan keputusan yang teguh di meja hiwar, dengan kekuatan ilmu melalui bayan yang haq bagi Al-Qur'an.
Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran dan membenarkan bahawa aku adalah Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu, Imam ke-12 dari Ahlul Bayt yang suci
?!
Allah SWT dan Rasul-Nya tidak mengajarkanku nama-nama mereka kerana itu bukan intinya, namun hikmah yang terkandung dalam penjelasan mengenai jumlah mereka adalah agar aku mengetahui bahawa aku adalah Imam yang ke-12 dari Ahlul Bayt yang suci, sekiranya mereka itu diberi peluang pastilah mereka semua akan mengikuti aku, kerana di atas yang mengetahui itu ada lagi yang lebih mengetahui..
وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
خليفة الله الإمام المهدي ناصر مُحمد اليماني
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan
segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Khalifah Allah Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani
____________
https://albushra-islamia.com./showthread.php?p=3893
اقتباس المشاركة 162545 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..