وسأل سائل فقال: ما هي مواقيت الصلاة من القُرآن الكريم؟ وما هي الصلاة الوسطى؟
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Apakah waktu-waktu sholat dari Al-Qur'an yang mulia?
Apa itu Sholat Wustho?
Yang empunya ilmul kitab menjawab, dia berkata:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
وأما مواقيت الصلوات الخمس فقد جاء ذلك في القُرآن العظيم بأن ثلاث من الصلوات الخمس جعل الله ميقاتهُنّ في زُلفة من الليل، في أوله وآخره. ومعنى الزُلفة أي: ميقاتٌ قريبٌ من أول النهار وآخره. وأما اثنتين فجعلهُنّ الله في النهار فتكونا في طرفي نهار العشي. ونهار العشي من الظُهر وينتهي بغروب الشمس، وقال الله تعالى: { إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِالْعَشِيِّ الصَّافِنَاتُ الْجِيَادُ ﴿31﴾ فَقَالَ إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ عَن ذِكْرِ رَبِّي حَتَّىٰ تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ ﴿32﴾ } صدق الله العظيم [ص]
Adapun waktu-waktu seluruh sholat fardhu yang lima, maka sesungguhnya yang demikian ini telah dinyatakan dalam Al-Qur’an bahawa tiga dari sholat fardhu yang lima itu, telah Allah jadikan waktu-waktunya pada bahagian dari malam, yakni pada awal dan akhirnya. Makna kalimah Az-Zulfah yakni, waktu-waktu malam yang dekat dari permulaan siang dan akhirnya.
Adapun dua waktu lagi, maka Allah telah menjadikannya pada waktu siang, jadi waktu keduanya adalah pada kedua tepi siang sebelah petang (sore), waktu siang sebelah petang adalah bermula dari waktu Zhuhur dan selesai hingga terbenamnya matahari.
Allah SWT berfirman:
[ingatlah] ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu petang. (31)
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik [kuda] sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan". (32)
[Shood]
فمن خلال هذه الآية نفهم بأن نهار العشي طرفه الأول حين تكون الشمس بمنتصف السماء وطرفه الآخر عند الغروب. فينتهي وقت صلاة العصر بتواري الشمس وراء الحجاب، فيدخل ميقات صلاة المغرب فيستمر إلى غسق الليل فيدخل ميقات صلاة العشاء. وقال الله تعالى: { وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ }
صدق الله العظيم [هود]
Melalui ayat ini, kita memahami bahawa siang sebelah petang, waktu tepinya yang awal adalah ketika matahari berada tepat di tengah langit, dan waktu tepinya yang akhir adalah ketika matahari terbenam, maka selesai waktu sholat Asar dengan menghilangnya matahari dari penglihatan, lalu masuknya waktu sholat Maghrib dan berterusan hingga gelap malam, kemudian masuk waktu sholat Isya.
Allah SWT berfirman:
Dan dirikanlah sholat itupada kedua tepi siang (Zhuhur, Asar) dan pada waktu-waktuyang dekat dengan tepi malam (Maghrib, Isya dan Shubuh)
(Hud)
فأما طرفي النهار فهو يتكلم عن نهار العشي، وطرفيه هم الظهر في طرف نهار العشي الأول فيكون عند وقت صلاة الظُهر والطرف الآخر في وقت صلاة العصر إلى الغروب وتواري الشمس بالحجاب.
Adapun kedua tepi siang, maka firman Allah ini mengatakan mengenai siang sebelah petang, dan kedua tepinya itu adalah Zhuhur pada tepi siang sebelah petang yang awal, ianya terjadi ketika waktu sholat Zhuhur dan tepi yang akhir adalah pada waktu sholat Asar hinggalah terbenamnya matahari hilang dari pandangan.
وأما زُلفاً من الليل فقد بيّنا بأن الزُلفة أي الوقت القريب من النهار، سواء في قطع من أول الليل وهو وقت صلاة المغرب والعشاء، أو قطعاً من آخر الليل وهو وقت صلاة الفجر ويمتد ميقاتها إلى لحظة طلوع الشمس.
Adapun waktu-waktu yang dekat dengan tepi malam, maka kami telah menjelaskannya bahawa Al-Zulfah adalah waktu-waktu malam yang hampir dengan waktu siang, sama ada pada bahagian dari awal malam, iaitu waktu sholat Maghrib dan Isya, ataupun bahagian akhir malam iaitu waktu sholat Fajar (Subuh), yang berlanjutan waktunya sampai saat terbitnya matahari.
ولربما يود ابن عُمر أو غيره أن يقول: "مهلاً .. إنما يقصد طرفي النهار أي الفجر والمغرب فكيف تجعل طرف النهار وسطه؟". ومن ثُمّ نقول له: اعلم بأن النهار يتكون من نهار الغدو وهو من طلوع الشمس إلى المُنتصف والانكسار فيدخل نهار العشي، وأطراف نهار الغدو والعشي تحتويهما بالضبط صلاة الظهر، وقال الله تعالى: { فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ ﴿130﴾ } صدق الله العظيم [طه]
Barangkali Ibn Umar atau selainnya mahu mengatakan: “Nanti dulu.. yang dimaksudkan kedua tepi siang adalah Fajar dan Maghrib, bagaimana pula engkau menjadikan tepi siang itu berada di pertengahannya
?”.
Untuk ini kami katakan kepadanya:
Ketahuilah bahawa siang terdiri dari siang sebelah pagi, iaitu dari terbit matahari hingga pertengahan dan kemudian tergelincir, maka masuk waktu siang sebelah petang.
Waktu-waktu tepi siang sebelah pagi dan siang sebelah petang ini, terdapat sholat Zhuhur persisnya pada (pertemuan) keduanya.
Allah SWT berfirman:
Maka sabarlah kamu atasapa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memujiTuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihpulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu disiang hari, supaya kamu merasa senang. (130)
Maha BenarAllah
[Tha Ha]
فأما قوله تعالى: { وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ }صدق الله العظيم، وذلك ميقات التسبيح لله في صلاة الفجر وينتهي ميقاتها بطلوع الشمس، وميقاتها من الدلوك إلى الشروق بطلوع الشمس.
Adapun firman Allah SWT: dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari, maka itu adalah waktu bertasbih kerana Allah dalam sholat Fajar (Shubuh), dan selesai waktunya dengan terbitnya matahari, waktu sebelum terbit matahari adalah dari mula ia terbenam hingga terbit kembali.
وأما قوله تعالى: { وَقَبْلَ غُرُوبِهَا }صدق الله العظيم، وذلك ميقات التسبيح لله في صلاة العصر، وينتهي ميقاتها بتواري الشمس وراء الحجاب.
Adapun firman Allah SWT: sebelum terbenamnya, maka yang demikian adalah waktu bertasbih kerana Allah dalam sholat Asar, dan selesai waktunya dengan hilangnya matahari dari pandangan (terbenam).
وأما قوله تعالى: { وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ }صدق الله العظيم، وهو أوانه الأول ويبتدأ من الشفق بعد الغروب إلى الغسق. وذلك ميقات صلاة المغرب والعشاء وهُنّ قريبات من بعض، فصلاة المغرب منذ أن تتوارى الشمس في الحجاب إلى إقبال الغسق فيدخل ميقات صلاة العشاء، وذلك هو آناء الليل. ويقصد أوانه الأول من الشفق إلى الغسق.
Adapun firman Allah SWT: dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari, di mana ianya merupakan waktunya yang awal dan bermula dari mega merah setelah terbenam matahari hingga gelap malam, itulah waktu sholat Maghrib dan Isya.
Kedua-duanya berdekatan satu sama lain, kerana sholat Maghrib bermula sejak hilangnya matahari dari pandangan mata (terbenam) hingga datang gelap malam (hilang mega merah), maka masuklah waktu sholat Isya.
Demikianlah waktu-waktu di malam hari, yang dimaksudkan adalah waktu-waktunya yang awal, iaitu dari senja hingga gelap malam.
وأما قوله تعالى: { وَأَطْرَافَ النَّهَارِ }صدق الله العظيم، وهو مُلتقى أطراف نهار الغدو ونهار العشي، ومجمعهما في ميقات صلاة الظهر. ولا أظن أحداً الآن سوف يقاطعني ليقول بل معنى قوله وأطراف النهار أي طرفه من الفجر وطرفه الآخر هو العصر. فنقول ولكنك كررت صلوات وأضعت أُخر! فتدبر الآية جيداً تجد بأنه ذكر ميقات صلاة الفجر وكذلك ميقات صلاة العصر، فكيف تظن قوله: { وَأَطْرَافَ النَّهَارِ }بأنه يقصد صلاة الفجر والعصر وهو قد ذكرهم بقوله تعالى:{ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا }
؟
Adapun firman Allah SWT: dan pada waktu-waktu di siang hari, maka ianya adalah waktu pertemuan tepi-tepi siang sebelah pagi dan siang sebelah petang, dan waktu berkumpul kedua-dua itu adalah pada waktu sholat Zhuhur.
Aku tidak rasa kelak akan ada seseorang sekarang ini memintasku untuk mengatakan “Bahkan makna firman Allah ‘dan pada waktu-waktu di siang hari’ yakni tepi siang dari Fajar (Shubuh) dan tepinya yang akhir adalah Asar.”
Maka kami katakan, akan tetapi engkau telah mengulang menyebut sholat-sholat dan mengabaikan sholat yang lain, maka bertadabburlah terhadap ayat ini baik-baik, engkau akan dapati bahawa ianya menyebutkan waktu sholat Fajar dan demikian juga waktu sholat Asar.
Lalu bagaimana pula engkau menyangka firmanNya “dan pada waktu-waktu di siang hari,” bermaksud sholat Fajar dan Asar, sedangkan Allah SWT telah menyatakan kedua-dua itu dengan firmanNya: dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya
?
إذاً ليس لك الآن إلّا أن تتيقن بأنه حقّاً ميقات صلاة الظهر تكون في مجمع أطراف النهار، ومجمع أطراف نهار الغدوة ونهار الروحة يحتويهما وقت صلاة الظهر.
Jika demikian, tiada bagimu selain meyakini bahawasanya sudah tentu waktu sholat Zhuhur adalah pada pertemuan tepi-tepi siang, dan pada persilangan waktu siang sebelah pagi dan siang sebelah petang, pada pertemuan keduanya itu terdapat sholat Zhuhur.
ومن ثم نأتيكم بآية من القرآن العظيم تؤكد ما سلف ذكره بأن الصلوات خمس وليست ثلاث. وقال الله تعالى: { فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ ﴿17﴾ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ ﴿18﴾ }صدق الله العظيم [الروم]
Untuk ini, kami datangkan sebuah ayat dari Al-Qur’an yang agung, ayat yang menegaskan perkara yang telah kami nyatakan bahawasanya seluruh sholat fardhu adalah lima waktu bukannya tiga waktu.
Allah SWT berfirman:
Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari dan pada waktu kamu berada di waktu subuh, (17)
dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zhuhur. (18)
Maha Benar Allah
[Ar-Ruum]
وإلى التأويل المُطابق بالحق مع الآيات التي ذكرناها من قبل: { فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ } صدق الله العظيم، وإنما الحين هو الوقت المُحدد للتسبيح في الصلوات. لذلك يقول: { حِينَ }، وأما التسبيح المُطلق فهو في النوافل والذكر، وهي في أي وقت من الأوقات، كمثال قوله تعالى: { إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا ﴿7﴾ } صدق الله العظيم [المزمل]
Untuk takwil yang serupa dengan ayat-ayat yang telah kami nyatakan sebelum ini dengan kebenaran, “Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari,” sesungguhnya kalimah Al-Hin adalah waktu yang tertentu untuk bertasbih dalam sholat-sholat, kerana itu Allah SWT berfirman “pada waktu”.
Adapun tasbih yang mutlak (tanpa batasan) adalah pada Nawafil (sholat sunnah) dan Zikir, dan ianya pada bila-bila masa sahaja. Sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang [banyak]. (7).
Maha Benar Allah
[Al-Muzzammil]
وأما إذا تم التحديد بقوله: { حِينَ }فذلك تحديد الوقت، وذلك الوقت قد أصبح معلوم للتسبيح لله في الفرض، تصديقاً لقوله تعالى: { إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا } صدق الله العظيم [النساء:103]
Adapun ketika telah sempurna penjelasan batasan waktu dengan firmanNya “pada waktu”, maka itulah keterangan bagi ketentuan waktu kerana waktu-waktu sholat fardhu itu telah sedia dimaklumi untuk bertasbih kerana Allah Ta’ala, benarlah firmanNya:
Sesungguhnya sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (103)
Maha Benar Allah
[An-Nisa]
يكون وقت صلاة مفروضة بلا شك أو ريب نظراً لتحديد وقت التسبيح، ويقصد بذلك التسبيح لله في صلاة مفروضة. ألستم إذا ركعتم تُسبحون وتحمدون وإذا سجدتم تُسبحون وتحمدون، وقال الله تعالى: { فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ ﴿17﴾ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ ﴿18﴾ } صدق الله العظيم [الروم]
Adanya waktu sholat fardhu tanpa syak dan ragu lagi kerana adanya ketentuan batasan waktu untuk bertasbih, yang dimaksudkan dengan demikian adalah bertasbih kerana Allah Ta’ala di dalam sholat fardhu.
Bukankah kalian bertasbih dan memuji Allah tatkala kalian rukuk dan sujud? Allah SWT berfirman:
Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari dan pada waktu kamu berada di waktu subuh, (17)
dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zhuhur. (18)
Maha Benar Allah
[Ar-Ruum]
وإلى التأويل: { فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ }وذلك تحديد الوقت للتسبيح من الشفق بعد غروب الشمس إلى الغسق، وذلك هو حين تمسون وهو أول الليل، ويقصد بذلك وقت صلاة المغرب من الشفق بعد غروب الشمس إلى الغسق وهو دخول ميقات صلاة العشاء. فذلك هو المعنى لقول حين تمسون، وهو زلفاً من أول الليل وذلك الذكر والتسبيح في صلاة المغرب والعشاء.
Untuk takwil “Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari”, itu adalah ketentuan batasan waktu untuk bertasbih dari terbit cahaya merah di waktu senja setelah terbenamnya matahari sampai gelap malam (lenyap mega merah), maka ianya adalah pada waktu kamu berada di sore hari di mana ianya merupakan awal malam (senja), dan yang dimaksudkan dengan demikian adalah waktu sholat Maghrib, dari dari terbit cahaya merah di waktu senja setelah terbenamnya matahari sampai gelap malam, iaitu masuknya waktu sholat Isya.
Maka demikianlah makna bagi firman Allah SWT “pada waktu kamu berada di sore hari”, ia adalah bahagian dari permulaan awal malam dan demikian itulah Zikir dan Tasbih dalam sholat Maghrib dan Isya.
وأما قوله تعالى: { وَحِينَ تُصْبِحُونَ } وذلك الوقت المعلوم للذكر والتسبيح في صلاة الفجر.
Adapun firman Allah Ta’ala “dan pada waktu kamu berada di waktu subuh”, maka itu adalah waktu yang dimaklumi untuk berzikir dan bertasbih dalam sholat Fajar (Shubuh).
وأما قوله تعالى: { وَعَشِيًّا }وذلك الوقت المعلوم لصلاة العصر، وجاء مُطابقاً لما سبق ذكره وبيانه وبرهانه في أول الخطاب هذا بأن العشي هو العصر.
Adapun firman Allah Ta’ala “di waktu kamu berada pada petang hari”, maka itu adalah waktu yang sedia maklum untuk sholat Asar, serupa dengan yang telah kami sebutkan dan nyatakan pada keterangan lalu dan buktinya ada pada awal pernyataan ini, bahawa Al-‘Asyii (petang) adalah Asar.
وأما قوله تعالى: { وَحِينَ تُظْهِرُونَ }وذلك هو الوقت المعلوم لصلاة الظُهر.
Adapun firman Allah Ta’ala “dan di waktu kamu berada di waktu Zhuhur”, maka itu adalah waktu yang dimaklumi bagi sholat Zhuhur.
وجادلهم يا (حلمي 333) ولسوف نزيدك من العلوم ما تلجم به الممترين إلجاماً، ولو إني أراك تقول: "لست مُكذباً ولست مُصدقاً" . ولكني أراك مُصدق وأرجو من الله أن يزيدك نوراً ويشرح صدرك ويريك الحق حقاً ويرزقك اتباعه ويريك الباطل باطلاً ويرزقك اجتنابه.
Berdebatlah dengan mereka wahai
حلمي 333
Sungguh kelak kami akan beri tambahan ilmu pengetahuan kepadamu untuk membungkam dengan sebenar-benarnya terhadap orang-orang yang ragu, walaupun aku lihat engkau mengatakan:
"Aku tidak mendustakan dan tidak pula membenarkan".
Namun aku lihat engkau membenarkan, aku harap dari Allah agar Dia menambahkan cahaya kepadamu, melapangkan dadamu, memperlihatkan kepadamu bahawa yang benar itu benar, dan memberikan kekuatan kepadamu untuk mengikuti kebenaran itu, dan agar Dia memperlihatkan kepadamu yang batil itu batil, dan memberikan kekuatan kepadamu untuk menjauhi kebatilan itu.
ونأتي الآن لذكر الصلاة الوسطى ويقصد بأنها وسطى من ناحية وقتيّة ولا يقصد وسطى من ناحية عددية، وقال الله تعالى: { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ﴿238﴾ } صدق الله العظيم [البقرة]
Sekarang kami akan menyebutkan tentang sholat Wustho, ianya dimaksudkan wustho (di tengah) dari aspek waktunya bukan dari aspek bilangan.
Allah SWT berfirman:
Peliharalah kalian (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sholat fardhu, khasnya sholat Wustho, dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
Maha BenarAllah
[Al-Baqarah]
وهذا أمر إلهي بالحفاظ على الخمس الصلوات وهُنّ: الفجر و الظُهر و العصر و المغرب و العشاء. ومن ثُمّ كرر التنويه بالحفاظ على الصلاة الوسطى نظراً لميقاتها الصعب، ومن ثُمّ أمرنا أن نقوم فيها بدعاء القنوت لله ولا ندعو سواه ولا ندعو مع الله أحداً، وكذلك هذه الصلاة مشهودة من قبل المعقبات والدوريات الملائكية وتلك هي صلاة الفجر.
Inilah perintah ketuhanan untuk memelihara sholat fardhu lima waktu, ianya adalah Fajar, Zhuhur, Asar, Maghrib dan Isya. Kemudian berulang-ulang penyebutan agar memelihara sholat Wustho ini kerana waktunya yang sukar.
Lalu kita diperintahkan supaya melaksanakan doa Qunut pada sholat itu kerana Allah, agar kita tidak menyeru selainNya dan tidak menyembah sesuatu apapun beserta Allah. Demikian juga sholat ini disaksikan oleh para malaikat yang mengawasi dan mengikuti, yang silih berganti menjalankan tugas, itulah sholat Fajar.
وصلاة الفجر هي الصلاة الوسطى، ودخول ميقاتها هو الوحيد المعلوم في القُرآن بمنتهى الدقة للجاهل والعالم وذلك في قوله تعالى: { وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ } صدق الله العظيم [البقرة:187]
Sholat Fajar (Shubuh) adalah sholat wustho dan masuknya waktu sholat Shubuh adalah satu-satunya yang dimaklumi dalam Al-Qur’an dengan tepat sekali bagi yang jahil maupun alim.
Demikian ini ada pada firman Allah Ta’ala:
dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar
Maha BenarAllah
[Al-Baqarah:187]
فميقاتها بالوسط بين الليل والنهار، وتلك لحظة الإمساك. والأذان للفجر والإمساك معاً ومن ثم يتمون الصيام إلى الليل وهو ميقات صلاة المغرب.
Waktu sholat Shubuh adalah pada pertengahan antara malam dan siang, demikian itu adalah waktu Imsak di mana azan Shubuh dan imsak itu bersamaan waktunya, baru setelah itu puasa disempurnakan hingga malam, yakni pada waktu Maghrib.
ومن ثم يأتي ذكر الصلوات الخمس مع التنويه والتوضيح أيهنّ الصلاة الوسطى وذلك في قوله تعالى: { أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا ﴿78﴾ } صدق الله العظيم [الإسراء]
Kerana itu adanya penyebutan sholat lima waktu dengan hint serta petunjuk yang menjelaskan mana satu di antara sholat-sholat itu yang merupakan SholatWustho, demikian ini pada firman Allah Ta’ala:
Dirikanlah sholat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan [dirikanlah pula sholat] Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan [oleh malaikat]. (78)
Maha Benar Allah
[Al-Isra]
وهذه الآية تحتوي على الصلوات الخمس مع تكرار التنويه للحفاظ على الصلاة الوسطى مع التوضيح أيهنّ من الصلوات، وقال الله تعالى: { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ﴿238﴾ } صدق الله العظيم [البقرة]
Ayat ini mengandungi sholat lima waktu beserta penyebutan berulang agar memelihara sholat Wustho dengan penjelasan mana satu di antara lima sholat itu yang merupakan sholat Wustho, Allah Ta’ala berfirman:
Peliharalah kalian (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sholat fardhu, khasnya sholat Wustho, dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
فقد بيّن لنا أيهنّ بإشارة دعاء القنوت فيها وتلك هي الصلاة الوسطى، ومن ثم تأتي آية أُخرى لتوضيح أكثر للصلاة الوسطى بعد أن ذكر الوقت الشامل لصلوات الخمس في قوله تعالى: { أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا ﴿78﴾ } صدق الله العظيم [الإسراء]
Sesungguhnya telah jelas bagi kita, mana di antara sholat-sholat itu yang merupakan sholat Wustho, yakni dengan isyarat do’a Qunut padanya, lalu datang ayat lain bagi menjelaskan lebih banyak mengenai sholat Wustho, setelah penyebutan waktu yang lengkap bagi sholat lima waktu pada firman Allah Ta’ala:
Dirikanlah sholat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan [dirikanlah pula sholat] Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan [oleh malaikat]. (78)
Maha BenarAllah
[Al-Isra]
فهذه الآية ذكرت جميع الصلوات الخمس بدءاً من دلوك الشمس بالأرض من ناحية المشرق فتبين لنا الخيط الأسود من الخيط الأبيض من الفجر فهل كان ذلك إلّا بسبب دلوك الشمس من المشرق، وذلك ميقات صلاة الفجر أول ما يقوم النائم المصلي لأدائها فيستمر في أداء الصلوات الخمس من أولهُنّ عند دلوك الشمس فيبين لنا دلوك الشمس ظهور الخيط الأبيض بالمشرق إلى غسق الليل وهي آخر الصلوات وتلك هي صلاة العشاء. ومن ثُمّ يأتي التنويه للقيام والحفاظ على الصلاة الوسطى. وذلك قوله تعالى: { وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا } صدق الله العظيم.
Ayat ini menyebutkan seluruh sholat lima waktu bermula dari waktu terbit matahari dari arah timur, maka menjadi jelas bagi kita benang hitam dari benang putih sewaktu fajar, bukankah yang demikian disebabkan oleh terbitnya matahari dari arah timur? Itulah waktu sholat fajar yang pertama di mana orang yang tidur bangun untuk menunaikan sholat.
Lalu berterusan dalam menunaikan sholat dari awal waktunya sejak terbit matahari di timur yang mana menjadi jelas bagi kita benang putih hinggalah hilang mega merah di waktu malam, dan itu adalah akhir dari sholat yaitu sholat 'Isya. Kemudian ada hint dan petunjuk untuk berdiri dan memelihara sholat Wustho, demikian ini pada firman Allah:
dan [dirikanlah pula sholat] Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan [oleh malaikat]. (78)
Maha BenarAllah
[Al-Isra]
إذاً صلاة الفجر هي الصلاة الوسطى، تصديقاً لقول الله تعالى: { وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ ﴿1﴾ وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ ﴿2﴾ }صدق الله العظيم [الليل]
Jika demikian, maka sholat fajr (shubuh) adalah Sholat Wustho, pembenaran terhadap firman Allah:
Demi malam apabila menutupi [cahaya siang], (1) dan siang apabila terang benderang,(2)
[Al-Layl]
وذلك الليل يغشى النهار من جهة الفجر فيكور الليل على النهار من ميقات صلاة الفجر يولج الليل في النهار يطلبه حثيثاً. إذاً أقسم الله بوقت واحد وهو ميقات صلاة الفجر.
Demikian itulah malam yang mendatangi siang dengan fajar, maka Allah menutupkan malam atas siang dari waktu-waktu sholat Fajar. Dia memasukkan malam ke dalam siang yang mengikutinya dengan cepat. Jadi, demikianlah Allah telah bersumpah dengan suatu waktu dan ianya adalah waktu-waktu Sholat Fajar.
وكذلك قول الله تعالى: { وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ ﴿17﴾ وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ ﴿18﴾ } صدق الله العظيم [التكوير]
Demikian juga pada firman Allah Ta'ala:
demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, (17)
dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing, (18)
Maha Benar Allah
[At-Takwir]
وكذلك أقسم بوقت صلاة الفجر، فمعنى قوله: { عَسْعَسَ } أي: أدبر وانجلى وتنفس الصُبح. ولربما يُريد أحدكم أن يُجادلني فيقول: بل أقسم بوقتين وهما المغرب بقوله عسعس، والفجر بقوله تنفس. ومن ثُمّ أرد عليه فأقول: ولكني لا أفسر القرآن بالظن مثلك، بل أقول إنهُ أقسم في هذه الآية بوقت واحد وهو وقت صلاة الفجر. وتعال لأعلمك بالبُرهان الأوضح لهذه الآية، وقال الله تعالى: { وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ ﴿33﴾ وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ ﴿34﴾ } صدق الله العظيم [المدثر]
Demikianlah Allah telah bersumpah dengan waktu Sholat Fajar, dan makna firmanNya
عسعس
Yakni, “malam berlalu” dan“berakhir”, lalu fajar mulai menyingsing.
Mungkin ada seorang dari kalian mahu mendebatku dengan mengatakan:
“Akan tetapi Allah bersumpah dengan dua waktu dan ianya adalah waktu Maghrib dengan firmanNya
عسعس
dan waktu Fajar dengan firmanNya
تنفس“
Untuk ini aku jawabnya dan aku katakan:
Akan tetapi aku tidak menafsirkan Al-Qur'an dengan dugaan sepertimu; Bahkan aku katakan bahawa Allah bersumpah dengan satu waktu pada ayat ini, dan ianya adalah waktu sholat Fajar, maka kemarilah supaya aku ajarkan padamu dengan bukti yang lebih jelas nyata bagi ayat ini.
Allah Ta'ala berfirman:
demi malam ketika telah berlalu, (33)
demi subuh apabila mulai terang. (34)
Maha Benar Allah
[Al-Muddatstsir]
فهل ترى البيان واضح وجلي بأنهُ وقت واحد وليس وقتين؟!! والليل إذا أدبر أي ولّى، والصٌبح إذا أسفر أي ظهر. وجاء هذا القسم ليُبين قسم آخر وهو: { وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ ﴿17﴾ وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ ﴿18﴾ }صدق الله العظيم [التكوير]
Bukankah bayan ini jelas lagi nyata bahawa ianya adalah satu waktu yang sama, bukannya dua waktu yang berlainan? Demi malam apabila ia telah berlalu, yakni telah berakhir, dan demi Shubuh apabila ia mulai terang, yakni mulai tampak.
Sumpah ini datang untuk menjelaskan sumpah yang lain dan ianya adalah
demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, (17)
dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing, (18)
Maha Benar Allah
[ At-Takwir].
وقد علمناكم بأن معنى عسعس أي: أدبر. والصبح إذا تنفس أي: ظهر. وتلك هي الصلاة الوسطى لو كُنتم تعلمون. وهي صلاة الفجر ولكنكم حسبتموها من ناحية عددية بأنها العصر، والقرآن حسبها من ناحية وقتية بأنها الفجر، وذلك لأن ميقاته يكون في الخيط الأبيض. والخيط الأبيض هو خط وسط بين الليل والنهار، وذلك لأن ظهوره عند تنفس النهار وإدبار الليل فهو في الوسط لذلك يسميه القُرآن الصلاة الوسطى. ولو كنتم تخشون أن تقولوا على الله ما لا تعلمون لرجعتم إلى القرآن ولن يترك الله لكم الحُجة، فسوف تجدون القرآن يوضّحها لكم في موقع آخر في نفس الموضوع، فقد ذكر الصلاة الوسطى في آية مُبهمة فيها الصلاة الوسطى، ولكنهُ جعل لها إشارةً بأنها تلك الصلاة التي علّمكم رسول الله أن تقنتوا فيها نظراً لأنها في أول النهار وقبل بدء النشور في الأعمال وإن عليكم أن تقوموا فيها لله قانتين بالدعاء بعد الركوع الأخير. وقال الله تعالى: { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ﴿238﴾ }صدق الله العظيم [البقرة]
Sesungguhnya kami telah mengajarkan kalian bahawa makna
عسعس
adalah
أدبر
dan makna demi Shubuh ketika fajarnya mulai menyingsing, yakni mulai tampak.
Itulah waktu Sholat Wustho seandainya kalian ketahui dan ianya adalah Sholat Fajar, akan tetapi kalian menghitung dan menganggapnya dari segi bilangannya bahawa Sholat Wustho adalah waktu Asar, padahal Al-Qur'an menyatakannya dari segi waktunya bahawa Sholat Wustho adalah Sholat Shubuh.
Demikian ini kerana waktunya adalah ketika benang putih menjadi jelas warna putih (dari benang hitam), ianya adalah waktu pada titik pertengahan antara malam dan siang, kerana ianya menjadi tampak ketika bermulanya siang dan berakhirnya malam, ianya adalah pada pertengahan antaramalam dan siang, kerana itu Al-Qur'an menyatakannya sebagai Sholat Wustho (yang bermakna tengah).
Seandainya kalian takut untuk mengatakan terhadap Allah pada perkara yang kalian tidak mengetahuinya, tentulah kalian akan kembali merujuk Al-Qur'an, kerana Allah tidak akan membiarkan dan meninggalkan hujjah untuk kalian, dan kelak kalian akan mendapati Al-Qur'an menjelaskannya untuk kalian pada tempat lain dalam permasalahan yang sama, dan Allah telah menyatakan mengenai Sholat Wustho pada ayat yang samar tidak jelas.
Pada ayat itu dinyatakan Sholat Wustho, akan tetapi Allah telah menjadikan pada ayat itu terdapat isyarat bahawa ianya adalah sholat yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kalian agar kalian berdiri di dalam sholat itu, memandangkan ianya dilaksanakan pada permulaan siang, sebelum kalian mulai bangkit untuk mengerjakan tugasan, di mana kalian perlu berdiri dalam sholat itu untuk Allah dengan khusyu' dan berdoa (Qunut) setelah bangun dari ruku' terakhir.
Allah Ta'ala berfirman:
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sholat fardu, khasnya sholat Wustho dan berdirilah kerana Allah (dalam sholat kamu) dengan taat dan khusyuk. (238)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
ومن ثُمّ بيّنها الله لكم في آية أُخرى وإنها التي يُجهر فيها بالقرآن، وقال الله تعالى: { أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا ﴿78﴾ }صدق الله العظيم [الإسراء].
Kemudian Allah menjelaskan kepada kalian dalam ayat lain, bahawa sholat itu dilaksanakan dengan membaca Al-Qur'an secara jahar, firman Allah Ta'ala:
Dirikanlah sholat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan [dirikanlah pula sholat] Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan [oleh malaikat]. (78)
Maha Benar Allah
[Al-Isra]
فتلقيتم نفس الأمر في قوله تعالى: { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ﴿238﴾ }صدق الله العظيم [البقرة].
Maka kalian telah menerima perintah yang sama pada firman Allah Ta'ala:
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sholat fardu, khasnya sholat Wustho dan berdirilah kerana Allah (dalam sholat kamu) dengan taat dan khusyuk. (238)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
بمعنى أن تحافظوا على الصلوات الخمس، ثُمّ نوّه على الحفاظ على الصلاة الوسطى نظراً لأنها في ميقات صعب، طرف السُبات الأخير عند بزوغ الفجر يؤذن المؤذن وعندها تمسكون عن الطعام وعن الشراب في شهر رمضان. ولكن للأسف جعلوا الدلوك هو الاختفاء وكأن صلاة المغرب هي الأولى! بل الدلوك هو اقتراب النهار ويتبين لك ظهوره بخيطه الأبيض إلى جانب الأرض من الشرق.
Bermakna agar kalian memelihara dan menjaga perlaksanaan sholat lima waktu, kemudian Dia menyebutkan agar memelihara Sholat Wustho, memandangkan ianya dilaksanakan pada waktu yang sukar membuka mata di hujung tidur yang akhir, ketika fajar terbit muazzin mengumandangkan azan, dan ketika itu juga adalah waktu imsak, bermulanya menahan diri dari makan dan minum pada bulan Ramadhan.
Akan tetapi malangnya, mereka telah menjadikan waktunya apabila matahari terbenam, seakan-akan Sholat Maghrib itu lebih utama; padahal waktunya adalah ketika siang mulai dekat menjelang, di mana jelas bagimu waktunya dengan tampaknya benang putih, dari cahaya fajar yang mulai terbit dari arah timur bumi.
فهل أنتم مؤمنون ومتبعون الهادي إلى الصراط المستقيم؟
Apakah kalian mahu beriman dan mengikuti orang yang menunjukkan kalian ke jalan yang lurus
?
وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
خليفة الله الإمام المهدي ناصر مُحمد اليماني.
Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani
https://albushra-islamia.com./showthread.php?t=7325
Waktu-waktu sholat dan sholat wustho..
اقتباس المشاركة 185552 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..