>المصدر<
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
04 - 10 - 1430 هـ
24 - 09 - 2009 مـ
01:49 صــباحاً
ـــــــــــــــــــ
فلن يُدافع الله عني وحتى إن كنت المهديّ المنتظَر الحقِّ لو اتَّبعت أهواءكم..
سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ..
Allah tidak akan mempertahankan dan melindungiku meskipun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, jika sekiranya aku mengikuti hawa nafsu kalian..
Salam ke atas kalian, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil..
بسم الله الرحمن الرحيم
{وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ}
صدق الله العظيم [القصص:55].
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfa’at, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil". (55)
Maha Benar Allah
[Al-Qasas]
ويا معشر المُكذّبين للبيان الحقّ للقرآن العظيم، إننا قد أوردنا ما يثبت مصداقية ما ندّعيه بالحقِّ بسُلطان العلم لعلّكم تتقون الله فتكونون مع الصادقين، وإن كنتم تروننا من الكاذبين وأنتم الصادقون فقال الله تعالى:
{قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ}
صدق الله العظيم [البقرة:111].
Wahai sekalian orang-orang yang mendustakan bayan yang hak bagi Al-Qur'an yang agung, sesungguhnya kami telah menyatakan perkara yang meneguhkan kredibiliti terhadap pengakuan kami dengan hak, dengan disertai bukti ilmu pengetahuan mudah-mudahan kalian bertakwa kepada Allah, agar kalian menjadi teguh bersama orang-orang yang benar.
Namun sekiranya kalian mendapati kami ini termasuk kalangan para pendusta sedang kalianlah orang-orang yang benar, maka Allah Ta'ala berfirman:
Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar". (111)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
وأما بالنسبة لقولكم أنَّ المهدي يُبايع عند البيت العتيق من قبل التصديق، فلدينا سؤالٌ لكم: فهل ترون أنّه لو يظهر المهديّ المنتظَر عند البيت العتيق فيقول: يا معشر المُسلمين إني أنا المهديّ المنتظَر فبايعوني، فهل ترون أنه سوف يأتي إليه الحاضرون في المسجد الحرام فيقولون بايعناك فلطالما انتظرنا ظهورك في المسجد الحرام على أحرّ من الجمر لكي نُبايعك؟ بل والله إنّكم أنتم الكاذبون، فلو ظهرنا للمبايعة من قبل التصديق عند البيت العتيق فإنكم لن تبايعونني أبداً ولا حتى مُسلماً واحداً لأنّ هذا مُخالف للعقل والمنطق، ولهم الحقّ أن لا يبايعونه فما يدريهم أنّه المهديّ المنتظَر؟ فحتماً يجب أن تكون دعوته للحوار من قبل الظهور، ومن بعد التصديق يظهر لكم عند البيت العتيق، وهذا هو حكم العقل والمنطق ولكنكم لا تعقلون ولا تتفكرون! كيف يظهر لكم للمبايعة! فما يدريكم هل هو المهديّ المنتظَر أم كذّاب أشِر برغم أنه لو يظهر للمبايعة حسب زعمكم في المسجد الحرام فحتماً سيلقون القبض عليه مُباشرةً، ولربما يرفسه بنعالهم أمْنُ المسجد الحرام. ألا والله إن لهم الحقّ أن يرفسوه بنعالهم رفساً لأنه لو كان المهديّ المنتظَر الحقّ لما ظهر للمبايعة من قبل التصديق، بل المهديّ المنتظَر الحقّ يدعو البشر للحوار في عصر الظهور ومن بعد التصديق يظهر لهم عند البيت العتيق وهم قد عرفوا صورته الحقّ وقد علموا بسلطان علمه عبر وسيلة الحوار العالميّة، فمجرد ما يظهر لهم من بعد التصديق عند البيت العتيق يخرّوا له ساجدين، وليس سجود الجبين بل تخضع له الأعناق سجوداً لأمر الله أن يطيعوا خليفة ربهم فيقعوا له ساجدين.
Adapun mengenai ucapan kalian bahawa Al-Mahdi kelak akan dibai'ah di sisi Ka'bah sebelum adanya pembenaran, maka kami punya pertanyaan buat kalian:
Apakah kalian berpendapat bahawa jika Al-Mahdi Al-Muntazhar menzahirkan dirinya di sisi Ka'bah dengan mengatakan: "Wahai sekalian muslimin, sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, oleh itu berbai'ahlah kalian semua kepadaku".
Maka apakah kalian berpendapat bahawa kelak orang-ramai akan datang ke Masjidilharam lalu mengatakan: "Kami berbai'ah kepadamu, tentu sahaja kami ini telah menunggu kemunculanmu dengan resah gelisah di Masjidilharam agar kami dapat berbai'ah kepadamu?".
Bahkan demi Allah, sesungguhnya kalianlah yang dusta, kerana sekiranya kami muncul untuk dibai'ah sebelum adanya pembenaran di sisi Ka'bah, tentu sahaja kalian tidak akan berbai'ah kepadaku selama lamanya, bahkan tiada seorang muslim pun yang akan berbai'ah, kerana demikian ini bertentangan dengan akal fikiran dan logika.
Mereka punya hak untuk tidak membai'ahnya kerana bagaimana mereka dapat tahu bahawa dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar? Pastilah seruan dakwahnya untuk hiwar wajib ada sebelum muncul, dan setelah adanya pembenaran barulah dia akan menampakkan dirinya kepada kalian di sisi Ka'bah, ini adalah hukum keputusan akal dan logika akan tetapi kalian tidak menggunakan akal fikiran dan tidak memikirkan
!
Bagaimana dia akan menampakkan dirinya kepada kalian untuk dibai'ah! Bagaimana kalian dapat mengetahui adakah dia Al-Mahdi Al-Muntazhar atau dia seorang yang amat pendusta lagi sombong, sungguhpun sekiranya dia muncul untuk dibai'ah sebagaimana menurut persangkaan kalian di Masjidilharam, maka tentulah dia akan ditangkap dan langsung dicekup, boleh jadi para penjaga keamanan di Masjidilharam akan tendang dia dengan sandal mereka.
Ketahuilah demi Allah, mereka punya hak untuk menendangnya dengan sandal mereka sebenar-benarnya kerana orang itu, jika benar dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, tentu sahaja dia tidak akan muncul untuk dibai'ah sebelum adanya pembenaran.
Bahkan Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak akan menyeru manusia untuk hiwar pada era kemunculannya, dan setelah adanya pembenaran baru dia akan muncul menampakkan diri di Ka'bah, yang mana mereka semua telah mengenali wajahnya yang sebenar, dan mereka telah meyakini bukti ilmu pengetahuannya melalui jalan hiwar antarabangsa.
Sebaik selepas dia menampakkan dirinya kepada mereka setelah adanya pembenaran, maka mereka semuanya tunduk sujud padanya, bukan sujud dengan dahi mereka namun leher-leher mereka tertunduk semata-mata mentaati perintah Allah untuk taat kepada Khalifah dari Tuhan mereka, maka mereka menundukkan diri mereka kepadanya kerana ketaatan dan kepatuhan.
وذلك يوم البيعة العامة للمُسلمين والناس أجمعين، وأما البيعة الخاصة في طاولة الحوار فهي للأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور، فمنهم نختار بإذن الله الوزراء المُكرمين يوم نُناديهم بأسمائِهم عند المسجد الحرام على مسمعٍ من البشر جميعاً من الذين شَدّوا أزري فقد أشركهم الله في أمري وجعلهم من وزراء المهديّ المنتظَر وجعلهم من ولاتنا على دول البشر ليأمروا بالمعروف وينهوا عن المنكر.
Demikian itu merupakan hari berbai'ah yang umum untuk kaum muslimin dan manusia seluruhnya, adapun bai'ah khas di meja bundar hiwar, maka ianya untuk para anshar pendahulu yang terbaik di era hiwar sebelum muncul, maka di antara mereka itu dengan izin Allah kami pilih sebagai wazir-wazir para pembantu mulia, pada hari kami panggil dan seru nama-nama mereka di Masjidilharam di hadapan manusia-manusia yang hadir semuanya.
Mereka adalah dari kalangan orang-orang yang telah meneguhkan kekuatanku, sesungguhnya Allah telah menjadikan mereka turut serta dalam urusanku, menjadikan mereka wazir-wazir para pembantu Al-Mahdi Al-Muntazhar, dan menjadikan mereka sebagai para penguasa di negara-negara dunia, agar mereka melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar –memerintah kepada perkara kebaikan dan mencegah terjadinya perkara kemungkaran.
ولكن لو صدقني المسلمون جميعاً أو حتى هيئة كُبار العلماء لما قلنا لهم بايعوني في طاولة الحوار في الكمبيوتر؛ بل سوف أظهر مُباشرةً من بعد التصديق عند البيت العتيق. وإنما البيعة في الكمبيوتر في طاولة الحوار خاصّة للأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور ومن بعد التصديق أظهر للمسلمين والناس أجمعين في الموقع المُقرر لظهور المهديّ المنتظَر للبيعة العامة، فلا تكونوا من الجاهلين.
Akan tetapi, sekiranya semua kaum muslimin membenarkanku atau bahkan Dewan Senior Para Ulama, tentu sahaja kami tidak mengatakan kepada mereka "Berbai'ahlah kepadaku di meja bundar hiwar dalam komputer; bahkan kelak aku akan terus menampakkan diri setelah adanya pembenaran di sisi Ka'bah.
Sesungguhnya bai'ah dalam komputer di meja bundar hiwar hanyalah khusus untuk para anshar pendahulu yang terbaik di era hiwar sebelum muncul, setelah adanya pembenaran barulah aku akan menampakkan diri kepada kaum muslimin dan manusia seluruhnya, di tempat yang telah ditetapkan bagi kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk dibai'ah secara umum, maka janganlah kalian menjadi termasuk kalangan yang tidak mengetahui.
ولي سؤال تكرر في هذا البيان في أوله وأكرره في آخره ونقتبسه من أول البيان مرة أخرى:
وأما بالنسبة لقولكم إنَّ المهدي يُبايع عند البيت العتيق من قبل التصديق، فلدينا سؤالٌ لكم: فهل ترون أنّه لو يظهر المهديّ المنتظَر عند البيت العتيق فيقول: يا معشر المُسلمين إني أنا المهديّ المنتظَر فبايعوني، فهل ترون أنه سوف يأتي إليه الحاضرون في المسجد الحرام فيقولون بايعناك فلطالما انتظرنا ظهورك في المسجد الحرام على أحرّ من الجمر لكي نُبايعك؟ فهل هذا منطقيٌّ يا أولي الألباب؟
Aku ada pertanyaan yang sama dalam bayan ini pada permulaannya dan aku ulangi soalan ini pada akhirnya, kami petik pertanyaan di awal keterangan ini sekali lagi:
Adapun mengenai ucapan kalian bahawa Al-Mahdi kelak akan dibai'ah di sisi Ka'bah sebelum adanya pembenaran, maka kami punya pertanyaan buat kalian:
Apakah kalian berpendapat bahawa jika Al-Mahdi Al-Muntazhar menzahirkan dirinya di sisi Ka'bah dengan mengatakan: "Wahai sekalian muslimin, sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, oleh itu berbai'ahlah kalian semua kepadaku".
Maka apakah kalian berpendapat bahawa kelak orang-ramai akan datang ke Masjidilharam lalu mengatakan "Kami berbai'ah kepadamu, tentu sahaja kami ini telah menunggu kemunculanmu dengan resah gelisah di Masjidilharam agar kami dapat berbai'ah kepadamu?"
Adakah ini logik dan dapat diterima akal wahai orang-orang yang menggunakan akal fikiran mereka
?
وها أنا أفتي أمْنَ المسجد الحرام أنّه إذا ظهر لهم رجلٌ في المسجد الحرام يقول لهم أنّه المهديّ المنتظَر ويريد المُبايعة أن يرفسوه بنعل أقدامهم رفساً حتى يخرجوا منه مسّ الشيطان الرجيم الذي يتخبطه واتبع وسوسة الشيطان بغير علم نظراً لأنّه كذاب أشر وليس المهديّ المنتظَر الحقّ الذي يعلم كيف يكون ظهوره ومتى يبدأ حواره ويخاطب المُسلمين بالعقل والمنطق، ويدعوهم عبر طاولة الحوار العالميّة وسيلة الحوار الحقّ بقدرٍ مقدورٍ في الكتاب المسطور، ويستطيع جميع مُفتي الديار الإسلاميّة وهم في مساكنهم أن يحضروا إلى طاولة الحوار بكُل يسرٍ وسهولةٍ، وليس عليه إلا أن يفتح جهاز الكمبيوتر فيكتب موقع ناصر محمد اليماني ثم يحضر الباحث طاولة الحوار العالميّة (موقع الإمام ناصر محمد اليماني)، ثم يقوم بالتسجيل فيحاجج المهديّ المنتظَر بعلمٍ وسلطانٍ حتى يلجمه المهديّ المنتظَر بالحقّ، فيثبت برهان ما يدعيه ولُكلّ دعوى برهان، أو يلجم المهديّ المنتظَر بعلمٍ أهدى من علمه وأحسن تأويلاً، ثم يتبين للنّاس أنّه كذّاب أشر وليس المهديّ المنتظَر.
Maka di sini aku fatwakan kepada para penjaga keamanan Masjidilharam, bahawa sekiranya seorang lelaki muncul kepada kalian di Masjidilharam dengan mengatakan dirinya adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar lalu dia menginginkan untuk dibai'ah, maka hendaklah kalian menendangnya dengan alas kaki kalian dengan sebenar-benarnya, agar syaitan yang merasuknya keluar dari badannya, yang telah menggoda dengan merasuknya hingga dia mengikuti bisikan-bisikan syaitan itu tanpa ilmu pengetahuan, kerana dia adalah orang yang sangat pendusta lagi sombong.
Dia bukanlah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, kerana Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak pastinya mengetahui bagaimana kelak dia akan muncul, dan mengetahui pula bila bermulanya hiwar, yang mana dia berbicara dengan kaum muslimin dengan akal fikiran dan logika, menyeru mereka melalui meja bundar hiwar antarabangsa sebagai wasilah -cara- yang hak untuk berhiwar, sesuai ketetapan yang telah ditentukan dalam Kitab yang ditulis.
Agar seluruh mufti negara-negara Islam dapat menghadiri meja bundar hiwar ini dengan mudahnya, sedang mereka itu berada di tempat-tempat tinggal mereka. Mereka hanya perlu membuka komputer/gadget mereka lalu menaipkan website Naser Mohammed Al-Yamani, dan sang pencari akan langsung hadir di meja bundar hiwar antarabangsa
(Website Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani)
Kemudian dia dapat mendaftar di situ untuk mendebat Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan ilmu pengetahuan dan bukti, atau malah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang akan membungkamnya dengan sebenar-benarnya, maka menjadi teguh bukti dakwaannya kerana setiap dakwaan pasti memerlukan adanya bukti.
Atau sang pencari kebenaran dapat membungkam Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan ilmu pengetahuan yang lebih mendapat petunjuk dari ilmunya, dengan takwilan yang lebih baik dari takwilannya, agar menjadi jelas bagi semua manusia bahawa dia adalah seorang yang sangat pendusta lagi sombong, dan dia bukanlah Al-Mahdi Al-Muntazhar.
أليست تلبية هذا الحوار بيسيرة دونما السفر والترحال إلى المهديّ المنتظَر الذي يطلب الحوار لأنهم لا ولن يجيبوا دعواه أبداً بالسفر والترحال إليه لو يحدد لهم موقعه فيطلبهم للحوار لَما حضروا إليه ابداً، وحتى ولو حضر علماء المُسلمين جميعاً فأيّ دار سوف يتسع للحوار؟ أفلا تعقلون؟ بل هذه الوسيلة هي بقدرٍ مقدورٍ في الكتاب المسطور وهي أيسر وسيلة وأسهل وسيلة وأفضل وسيلة للحوار.
Bukankah menyambut seruan untuk hiwar ini lebih mudah, tanpa perlu melakukan perjalanan dan berangkat menuju Al-Mahdi Al-Muntazhar yang meminta untuk berhiwar, kerana mereka tidak dan tidak akan menyambut seruan itu selama-lamanya dengan melakukan perjalanan dan berangkat menujunya, jika sekiranya Al-Mahdi menentukan untuk mereka tempat keberadaannya dan meminta mereka untuk datang berhiwar, pastinya mereka tidak akan mendatanginya selama-lamanya.
Bahkan sekalipun semua para ulama muslimin datang, jadi, rumah manakah yang kelak akan luas dan lapang untuk berhiwar? Mengapakah kalian tidak memikirkan? Bahkan wasilah ini adalah pada ketetapan yang telah ditentukan dalam Kitab yang tertulis, dan ia adalah wasilah yang paling senang, mudah dan wasilah yang paling utama untuk berhiwar.
بل حتى ولو تحقق شراء المهديّ المنتظَر للقناة الفضائية فإنما هي لتبليغ كافة البشر البيان الحقّ للذكر فقط بالصوت والصورة، وأما الحوار فلا يصلح له إلا موقع الإمام ناصر محمد اليماني بالإنترنت العالميّة. أم إنّكم تحرمونها على المهديّ المنتظَر لدعوة البشر بالبيان الحقّ للذكر وتحلّونها فقط للفسق والفجور ومُغازلة البنات ولاتباع الشهوات فتجعلون نعمة الله عليكم نقمة؟ فهل هذا هو شكر الله على هذه النعمة الكُبرى أفلا تتقون؟
Bahkan sekalipun pembelian saluran satelit oleh Al-Mahdi Al-Muntazhar menjadi nyata, maka ianya hanya digunakan untuk menyampaikan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an untuk seluruh manusia sahaja dengan suara dan gambar, adapun untuk berhiwar, maka ianya hanya baik untuk dilakukan di website Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani di jaringan internet antarabangsa.
Ataukah kalian ini mengharamkan yang demikian ke atas Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk berdakwah dan menyeru manusia dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an, lalu kalian menghalalkannya pula buat kefasikan, kecerobohan, tempat anak-anak perempuan menggatal berpacaran dan mengikuti syahwat, kemudian membuat nikmat Allah ke atas kalian menjadi kemurkaan? Maka adakah ini dapat dikatakan mensyukuri Allah atas nikmat yang besar ini, mengapakah kalian tidak merasa takut kepada Allah
?
ويا قوم، إنما نخاطبكم بالعقل والمنطق فانظروا هل ما نقوله لكم هو حقاً كلام العقل والمنطق؟ وسيقبله العقل والمنطق رغم أنوفكم، فإنها لا تعمى الأبصار إذا استخدمتم عقولكم فحقاً تفتيكم بالعقل والمنطق، ولكن للأسف إنكم لا تعقلون يا معشر المُنكرين لأنكم أصلاً لم تستخدموا عقولكم برغم أنّ رواية البيعة العامة عند البيت العتيق حقٌّ، ولكن أفلا فكرتم فكيف يظهر للبيعة من قبل الحوار والتصديق فمن ذا الذي سوف يبايعه ولم يُعلم علم اليقين أنه المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّ العالمين وليس كذَّاباً أشراً؟ أم إنه سوف يقنع الحاضرين بكلمتين عند الكعبة ثم يقومون بمبايعته أفلا تعقلون!
Wahai kaumku, sesungguhnya kami berbicara dengan akal fikiran dan logika, maka perhatikanlah oleh kalian, adakah apa yang kami nyatakan kepada kalian ini benar-benar ucapan yang masuk akal dan logik?
Kelak pernyataan kami akan dapat diterima akal dan logik meskipun ianya menjengkelkan kalian, kerana sesungguhnya mata hati itu tidak buta sekiranya kalian menggunakan akal fikiran kalian, sebab kami benar-benar memberi fatwa dengan akal fikiran dan logik.
Akan tetapi malangnya kalian tidak mahu memikirkan wahai sekalian orang-orang yang mengingkari seruan ini, kerana kalian sebenarnya tidak menggunakan akal fikiran kalian sungguhpun riwayat bai'ah secara umum di sisi Ka'bah itu benar, namun mengapa kalian tidak memikirkan bagaimana Al-Mahdi akan muncul untuk dibai'ah sebelum adanya hiwar dan pembenaran, siapa pula yang akan membai'ahnya sedang mereka tidak mengetahui dengan pasti bahawa dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak dari Tuhan Semesta Alam, dan bukan seorang yang amat dusta lagi sombong
?
Ataukah kelak Al-Mahdi itu akan dapat memuaskan semua hadirin dengan hanya mengucapkan dua kalimah di sisi Ka'bah, lalu mereka semua akan membai'ahnya, mengapakah kalian tidak memikirkan
!
فاستفتوا عقولكم وسوف تفتيكم فتقول لكم أنه لا ينبغي للمهدي المنتظر الحقّ أن يظهر للمُبايعة عند البيت العتيق من قبل الحوار والتصديق؛ بل لا بد أن يأتي زمن الحوار من قبل الظهور ومن بعد التصديق يظهر المهديّ المنتظَر في المسجد الحرام فيلقى الإجلال والتقدير الكبير وضيفاً ذا مقامٍ كبيرٍ لدى المملكة العربيّة السعودية حكومةً وشعباً. ولكن لو اتبع المهديّ المنتظَر الحقّ أهواءكم وظهر للمُبايعة في المسجد الحرام من قبل الحوار والتصديق لداسوني بالقناطر، ولن يُدافع الله عني حتى ولو كنت المهديّ المنتظَر الحقّ لو اتبعت أهواءكم. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَكَذَلِكَ أَنزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ وَاقٍ} صدق الله العظيم [الرعد:37]. ولكن هيهات.. هيهات فلستُ بمجنونٍ ولن أتَّبع الذين لا يعقلون.
Mintalah oleh kalian akan fatwa kepada akal kalian, tanyakan kepada akal fikiran kalian, kelak ia akan memberitahu kalian dengan mengatakan kepada kalian bahawa, tidak patut bagi Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak untuk muncul dibai'ah di sisi Ka'bah sebelum adanya hiwar dan pembenaran;
Bahkan pastilah zaman hiwar akan datang sebelum kemunculan, dan setelah adanya pembenaran barulah Al-Mahdi Al-Muntazhar akan memunculkan dirinya di Masjidilharam, lalu mendapatkan kehormatan dan penghargaan yang besar, sebagai tamu yang miliki kedudukan besar di sisi kerajaan Saudi beserta rakyatnya.
Akan tetapi, sekiranya Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak mengikuti hawa nafsu kalian, lalu muncul untuk dibai'ah di Masjidilharam sebelum hiwar dan sebelum adanya pembenaran, pastilah mereka akan memijak-mijakku di tempat terbuka, dan Allah tidak akan mempertahankan dan melindungiku meskipun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, jika sekiranya aku mengikuti hawa nafsu kalian.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu. (37)
Maha Benar Allah
[Ar-Ra'd]
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رب العالمين..
الداعي للحوار من قبل الظهور ومن بعد التصديق يظهر عند البيت العتيق؛ المهديّ المنتظَر الحقّ الإمام ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Penyeru untuk berhiwar sebelum muncul, dan setelah adanya pembenaran
baru dia akan menampakkan diri di sisi Ka'bah;
Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani.
ـــــــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.com./showthread.php?t=1962