وسألَ سائلٌ فقال: ما هي الوسيلة؟ وهل يجوز أن نُنافس الأنبيّاء والرُسل عليهم الصلاة وسلام عليها؟
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Pertanyaan: Apa itu Wasilah? Apakah boleh bagi kita untuk bersaing dan berlomba-lomba dengan para nabi dan rasul (sholawat dan salam untuk mereka) atas Wasilah itu
?
Yang empunya ilmu Al-Kitab (Al-Mahdi) menjawab, dia berkata:
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الوسيلة هي أقرب درجةٌ إلى عرش الرحمن في قمة جنّة النّعيم لا تنبغي إلّا أن تكون لعبدٍ من عبيد الله وجعله الله مجهولاً بين عباده، والحكمة من ذلك لكي يتمّ التنافس في حبّ الله وقُربه من كافة عباده المُسلمين سواءً المُرسلين أو الصالحين أيّهم أقرب لكي يعبدوا الله وحده لا شريك له. تصديقاً لقول الله تعالى: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣٥﴾ } صدق الله العظيم [المائدة]
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya Wasilah adalah derajat yang paling dekat dengan Arasy Ar-Rahman di puncak tertinggi Jannah An-Na'im, tidaklah derajat tertinggi itu layak kecuali ianya untuk seorang hamba di antara hamba-hamba Allah, dan Allah telah menjadikan hamba pemilik derajat itu majhul (tidak diketahui siapa) di antara hamba-hamba-Nya.
Hikmah dari yang demikian itu adalah supaya sempurnanya saling bersaing dan berlomba-lomba (at-tanafus) dalam mendapatkan cinta Allah, dan dalam menggapai kedekatan dengan-Nya, oleh seluruh hamba-Nya yang muslim (berserah diri pada-Nya) sama ada dari kalangan para rasul atau dari kalangan orang-orang sholih, untuk bersaing dan berlomba-lomba siapa di antara mereka yang lebih dekat dengan-Nya, supaya mereka semua menyembah Allah semata-mata tiada sekutu bagi-Nya.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah -Wasilah- jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (35)
Maha Benar Allah
[Al-Ma'idah]
واعلم إنما تُسمى الوسيلة لأنها ليست الغاية، ولكنك إذا تركتَ اللهَ حصرياً للأنبيّاء والمُرسلين ليتنافسوا عليه وحدهم ورأيتَ أنه لا يحقُّ لك أن تُنافسهم في حبّ الله وقُربه فاعلم أنك قد أشركت بالله وبالغت في عباده المُكرمين بغير الحقّ، وإنما هم عبيدٌ لله مِثلكم فلا فرق عند الله ولا مُجاملة لديه سُبحانه بين عباده، وقال الله تعالى: { يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾ } صدق الله العظيم [الحجرات]
Ketahuilah olehmu bahawa ia dinamakan Wasilah kerana ianya bukanlah tujuan, akan tetapi, bilamana engkau meninggalkan Allah semata-mata hanya untuk para nabi dan rasul supaya mereka sahaja yang bersaing dan berlomba-lomba, lalu engkau berpendapat bahawa tidak layak bagimu untuk berlomba dan bersaing dengan mereka dalam mendapatkan kecintaan Allah serta kedekatan-Nya, maka ketahuilah olehmu bahawa engkau telah menyekutukan Allah dan engkau telah berlebih-lebihan terhadap hamba-hamba-Nya yang mulia tanpa alasan yang benar.
Sesungguhnya mereka itu (para nabi dan rasul) hanyalah hamba-hamba Allah jua seperti kalian, tidak ada perbezaannya di sisi Allah dan tidak ada mujamalah (kata-kata hampa/basa-basi) di antara hamba-hamba-Nya di sisi-Nya Maha Suci Dia.
Firman Allah Ta'ala:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (13)
Maha Benar Allah
[Al-Hujurat]
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رَبّ العالمين..
خليفة الله الإمام المهديّ ناصر محمَّد اليماني.
Salam ke atas para rasul utusan dan segala
pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
_____
sumber:
https://albushra-islamia.com./showthread.php?t=1969
Apa itu Wasilah? Apakah boleh bagi kita untuk bersaing dan berlomba-lomba dengan para nabi dan rasul atas Wasilah itu
?
اقتباس المشاركة 210354 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..