>المصدر<
وسأل سائل فقال يا ناصر محمد اليمانى افتني فى قراءة سورة الفاتحة فى الصلاة فقد قال الشيعة تقال سراء وقال السني تقال جهرة فما تقول انت ؟
Seseorang bertanya, dia berkata:
Wahai Naser Mohammed Al-Yamani, fatwakan kepadaku mengenai bacaan Surah Al-Fatihah di dalam sholat, kerana sesungguhnya Syiah mengatakan bahawa ianya dibaca secara Sirr (perlahan), manakala Ahli Sunnah mengatakan ianya dibaca secara Jahar (jelas kuat terang-terangan), jadi bagaimana menurutmu
?
و أجاب الذى عنده علم الكتاب فقال :ـــــــــــــــ
Yang empunya ilmu Al-Qur'an (Al-Mahdi) menjawab, dia berkata:______
وأفتيك بالحق وأقول بل هي روايات حق مما علموا من الحق وبدأ الدين غريبا على الناس وها هو يعود غريب على المُسلمين وكأنه دين جديد لأنهم قد مرقوا من الحق منذ أمد بعيد وتعودوا على غير الحق, ولذلك سوف يكون وكأنهُ دين جديد ولكنهم قد خرجوا عن الصراط الحق منذ أمد بعيد
Aku fatwakan kepadamu dengan hak, aku katakan:
Bahkan ianya adalah riwayat-riwayat yang benar dari apa-apa perkara yang telah mereka ketahui dari kebenaran, sesungguhnya agama (Islam) itu bermula dalam keadaan asing terhadap manusia, dan inilah dia agama itu (Islam) kembali menjadi asing terhadap kaum muslimin, seolah-olah ianya agama yang baru.
Ini kerana mereka telah meninggalkan kebenaran sejak dahulu lagi, mereka telah kembali kepada selain kebenaran, sebab itulah kelak Islam yang benar akan menjadi seakan-akan agama yang baru, padahal mereka telah keluar dari jalan yang hak sejak lama lagi.
ألا والله لو تعلموا كم ضليتم يامعشر المسلمين عن أمور كثيرة من أساسيات الدين فكم يدهشني أمر هؤلاء القوم, وكم أنا في حيرة وعجب من عُلماء الدين يا أبو محمد الكعبي في أمور شتى, وعلى سبيل المثال إن الشيعة والسنة أقاموا الدنيا وأقعدوها بينهم مُختلفين في كلمة واحدة وهي (آمين) فأما السنة فقالوا تُقال جهرة وأما الشيعة فقالوا تُقال سرا ولكن الإمام المهدي إلى الحق يقول كُلكم على خطأ كبير, فكيف إنكم اختلفتم في كلمة واحدة وأضعتم فاتحة الكتاب
Ketahuilah demi Allah, seandainya kalian tahu betapa jauhnya kalian telah tersesat wahai sekalian kaum muslimin, dari perkara-perkara yang kebanyakannya dari asas-asas agama, betapa mengejutkanku perkara orang-orang Islam ini.
Betapa mengherankanku dan memeranjatkanku dari urusan ulama agama Islam wahai Abu Muhammad Al-Ka'abi, mengenai pelbagai perkara sebagai contohnya:
Syi'ah dan Ahli Sunnah, mereka sama-sama telah membangun dunia, namun mereka saling melumpuhkannya pula sesama mereka, yang mana mereka itu saling berselisih mengenai satu kalimah, ianya adalah kalimah
(آمين)
..istajib –kabulkanlah-
)dibaca setelah Surah Al-Fatihah(
Adapun Ahli Sunnah, maka mereka mengatakan ianya dibaca secara Jahr (kuat terang-terangan), manakala Syi'ah pula, mereka mengatakan ianya dibaca secara Sirr (sangat perlahan).
Namun pemimpin yang mendapat petunjuk menuju kebenaran (Al-Mahdi) mengatakan, kalian semua berada di atas kesalahan yang besar, bagaimana kalian ini sampai boleh berselisih pada satu kalimah, kalian telah menyia-nyiakan Surah Al-Fatihah.
Ketahuilah demi Allah, tiada tuhan selain-Nya, tiada yang berhak disembah kecuali Dia, sesungguhnya tidak ada sholat bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah.
ألا والله الذي لا إله غيره ولا معبودا سواه أنهُ لا صلاة لمن لم يقرأ فاتحة الكتاب
ولذلك أمركم الله في محكم كتابه وأمركم محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بمزيد من البيان لآية محكمة بالحديث الحق وقال عليه الصلاة والسلام
((لا صلاة الا بفاتحة الكتاب )) صدق محمد عليه الصلاة والسلام
وقال صلى الله عليه وأله وسلم ((لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب)) متفق عليه
Sebab itu Allah memerintahkan kalian dalam muhkam kitab-Nya, dan Muhammad Rasulullah SAW juga memerintahkan kalian dengan tambahan penjelasan bagi ayat muhkamat dengan hadits yang hak, telah bersabda Nabi SAW:
Tidak ada sholat (tidak sah sholat) melainkan dengan membaca Al-Fatihah
Benar sabda Nabi Muhammad SAW
Nabi SAW bersabda:
Tidak ada sholat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah)
Hadits Muttaqun 'aleih
إذا لم يأمركم الله ورسوله أن تجهروا في الصلوات المفروضات وذلك حتى يتسنى للمُصلين جميعاً قراءة السبع المثاني ,وهي فاتحة الكتاب,ولم يامر الله إمام صلواتكم أن يقرأها جهرة ولا سرا في أنفسكم بل دون الجهر من القول أي بين قراءة الجهر وبين السر في النفس وقال الله تعالى في محكم كتابه
({وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَٱبْتَغِ بَيْنَ ذٰلِكَ سَبِيلاً})
صدق الله العظيم
Jadi demikianlah, Allah dan Rasul-Nya tidak memerintahkan kepada kalian untuk mengeraskan suara dalam sholat fardhu, ini untuk membolehkan kaum muslimin seluruhnya membaca Sab'ul Matsaani -tujuh ayat yang diulang-ulang-, ianya adalah Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah).
Allah tidak menyuruh imam sholat kalian untuk membacanya secara Jahr dan tidak pula secara Sirr pada diri kalian, namun yang Allah perintahkan adalah dengan tidak mengeraskan suara, yakni pertengahan antara bacaan Jahr dan Sirr pada diri kalian.
Allah Ta'ala berfirman dalam muhkam kitab-Nya:
..dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam sholatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu (110)
Maha Benar Allah
[Al-Isra]
وذلك حتى يستطيعوا المُصلين وراءه أن يقرأوا السبع المثاني فيرتلوها ترتيلاً دون الجهر بالصوت ولا سراً في أنفسهم, بل بين ذلك أي دون الجهر من القول وليس قراءة سرية داخل الصدر, بل لم يأمركم الله أن تتلوها في صلاة الجماعة جهرة ولا سرا في أنفسكم بل بين ذلك أي بين الجهر والسر, وذلك حتى يتسنى لجميع المُصلين وراء الإمام قراءة السبع المثاني في صلاة الجماعة
Demikian itu agar orang-orang yang sholat di belakang imam dapat membaca Sab'ul Matsaani (Al-Fatihah), supaya mereka dapat membacanya dengan tartil, tanpa mengeraskan suara dan tidak pula secara sirr dalam diri mereka.
Namun, hendaklah mereka membacanya secara pertengahan tanpa menguatkan suara dan tidak pula membacanya secara sirr dalam hati, bahkan Allah tidak memerintahkan kalian untuk membacanya secara Jahr dalam sholat berjemaah, tidak juga secara sirr pada diri kalian.
Akan tetapi, hendaklah membacanya dengan bacaan pertengahan antara keduanya, yakni pertengahan antara bacaan Jahr dan Sirr. Demikianlah supaya semua yang bersholat di belakang imam dapat membaca Sab'ul Matsaani dalam sholat berjemaah.
ويا سُبحان ربي كيف أنهم يعلمون علماءكم بذلك ومُتفقين على أنه لا صلاة لمن لم يقرأ فاتحة الكتاب ومن ثم يخالفون أمر الله ورسوله فيتلوها الإمام جهرة في صلاة الفجر والمغرب والعشاء وفي صلاة الجمعة وفي صلوات الأعياد
وقال الله تعالى
((إِنْ عِنْدَكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ بِهَذَا أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (68) قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ ))صدق الله العظيم
وقال الله تعالى({ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ})صدق الله العظيم
Ya Subhaana Robbii, aduhai betapa Maha Sucinya Tuhanku, bagaimana mereka ini -para alim ulama kalian- yang mengetahui perkara demikian, dan mereka menyepakati bahawasanya tiada sholat (tidak sah sholat) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Pembuka Kitab -Al-Fatihah-, lalu setelah itu mereka menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya, yang mana sang imam membacanya secara Jahr dalam sholat Fajar (sholat Shubuh), Maghrib dan 'Isyaa, juga membacanya secara Jahr dalam sholat Jumu'ah (Jumaat), dan dalam sholat 2 Hari Raya
Allah Ta'ala berfirman:
Kamu tidak mempunyai hujjah tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? (68) Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak beruntung".
Maha Benar Allah
Firman Allah Ta'ala:
"Unjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar"
Maha Benar Allah
وسلامُ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين
خليفة الله الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah
Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
sumber:
https://albushra-islamia.com./showthread.php?p=49852
Fatwa Mengenai Al-Fatihah..
اقتباس المشاركة 201577 من موضوع ِWahai Naser Mohammed Al-Yamani, fatwakan kepadaku mengenai bacaan Surah Al-Fatihah..
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..
اقتباس المشاركة 221620 من موضوع Perkara yang berguna dan bermanfaat bagi si mati setelah mereka meninggal dunia, dan hukum menggantungkan gambar mereka..
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..المصدر:
ما ينفع المتوفى بعد موته، وحكم تعليق صور الأموات..
- 1 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
22 -09 - 1432 هـ
22 - 08 -2011 مــ
02:30 صباحاً
ــــــــــــــــــ
ما ينفع المتوفى بعد موته، وحكم تعليق صور الأموات ..
Perkara yang berguna dan bermanfaat bagi si mati setelah mereka meninggal dunia, dan hukum menggantungkan gambar mereka..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدي محمد رسول الله وآله الأطهار وعلى أنصار الله الواحد القهار، أمّا بعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah dan ke atas keluarganya yang suci, serta para pendukung anshar Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, amma ba'du..
فإنه ينفع الاستغفار للمتوفى وكذلك النفقة إلى روحه، وأما قراءة الفاتحة إلى أرواح الموتى فهي بدعة ما أنزل الله بها من سلطان، كون الفاتحة دعاء لصاحبها وكذلك القرآن أجر قراءته لصاحبه ليدَّبروا آياته، ولم ينزِّله الله لكي نقرأه على موتانا.
Sesungguhnya perkara yang berguna dan bermanfaat bagi orang yang telah meninggal dunia adalah beristighfar memohonkan ampunan Allah untuk mereka, begitu juga pemberian sedekah dan infaq (yang diniatkan) untuk ruhnya.
Adapun membaca Al-Fatihah untuk arwah yang telah meninggal dunia, maka ianya adalah bid'ah.Padahal Allah tidak menurunkan suatu keterangan mengenai bacaan Al-Fatihah untuk orang mati, kerana Al-Fatihah adalah doa permohonan bagi orang yang membacanya.
Begitu juga pembacaan Al-Qur'an, yang mana pahala bacaannya itu adalah untuk mereka yang membacanya, supaya mereka mentadabburi ayat-ayat Al-Qur'an, dan Allah tidak menurunkan Al-Qur'an agar kita membacanya untuk orang-orang yang telah mati di kalangan kita.
وكذلك يجوز لكم وضع صور موتاكم على حائط جدران البيت حتى تكون ذكرى تذكِّركم به، فكل من رآها حتماً يقول: "الله يرحمه". ولكنّ الذين يحرِّمون وضع صورة الميت للذكرى بغير سلطانٍ أتاهم قد حَرَموا كثيراً من المؤمنين هذه الرحمة بالرحمة له فيترحم عليه من رآها. وإنما مُحرَّمٌ تعليق الصور الماجِنة، ما لكم كيف تحكمون يا معشر الذين يُحرِّمون تعليق صورة ميِّتٍ في داره! فكم أنتم جاهلون؟ أفلا تعلمون أنه بسبب صورة المتوفى سوف يتعرف عليه أحفادُه وكافةُ ذريته جيلاً بعد جيل فيترحمون عليه في كلّ أمّةٍ وحتى ولو بينهم وبينه مئات السنين فسوف يتعرفون على صورته ويترحمون عليه.
Demikian juga diperbolehkan bagi kalian untuk meletakkan gambar orang yang telah meninggal dunia di tembok dinding rumah, agar ianya menjadi peringatan yang mengingatkan kalian dengannya, ini kerana setiap orang yang melihat gambar itu tentunya akan mendoakan:
"Semoga Allah merahmatinya"
Akan tetapi orang-orang yang mengharamkan untuk meletak gambar si mati supaya ianya menjadi peringatan, tanpa ada pada mereka sebarang bukti keterangan, mereka telah melarang banyak perkara dari orang-orang beriman, yang berupa rahmat dengan rahmat untuk si mati, untuk orang-orang yang melihat gambar itu memohonkan rahmat Allah untuk mengasihani si mati.
Sesungguhnya yang diharamkan hanyalah menggantungkan gambar-gambar yang tidak senonoh lagi memalukan, ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian membuat keputusan wahai orang-orang yang melarang untuk menggantungkan gambar si mati di rumahnya! Betapa jahilnya kalian ini
?
Tidakkah kalian tahu bahawa dengan sebab adanya gambar si mati di dinding rumah mereka, kelak cucu cicit si mati dan seluruh keturunannya akan dapat mengenalinya, dari satu generasi ke generasi yang lain, mereka akan terus-menerus memohonkan rahmat Allah untuk mengasihani dan merahmatinya pada setiap umat, sungguhpun antara mereka dan si mati telah berlalu ratusan tahun, namun mereka dapat mengetahui gambarnya dan memohonkan rahmat Allah untuknya.
وحسبي الله ونعم الوكيل على بعض العلماء الذين لا يتفكرون، فليس لديهم فرقٌ بين صورةٍ ماجنةٍ خليعةٍ وبين صورةٍ محترمةٍ، وإنّما حُرِّم وضع الصور الماجنة في بيت مؤمنٍ كون الصور الخليعة لا ترضي الله.
Cukuplah Allah bagiku, Dia-lah sebaik-baik yang Pelindung, terhadap sebahagian ulama yang tidak memikirkan, tiada beza bagi mereka antara gambar yang tidak senonoh lagi memalukan, dan antara gambar yang mulia lagi terhormat.
Sesungguhnya yang diharamkan hanyalah meletakkan gambar-gambar yang tidak senonoh lagi memalukan di dalam rumah orang beriman, kerana Allah tidak menyukai gambar-gambar seperti itu, Allah tidak meredhainya.
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
خليفة الله؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Khalifah Allah; Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.
_____________
sumber:
https://albushra-islamia.com./showthread.php?4131